Part 12.

                                                  

 

MAHATHIR@MAHAFIRAUN  ADALAH PEMUSNAH BANGSA MALAYSIA

 

HARI INI GENAP 2 TAHUN TRAGEDI 20HB.SEPT.1998

 

Ahad 20hb.Sept.1998….seorang insan kerdil berjiwa rakyat telah berjaya membangkit rasa kesedaran serta emosi seluruh rakyat dan bangsa Malaysia apakah itu “REFORMASI” kearah Malaysia yang adil….bertepatan jam 4.00 petang di Masjid Negara….. ratusan ribu rakyat marhain yang hadir dengan penuh keinsafan untuk mendengar amanat terakhir seorang pejuang dan pendokong REFORMASI seperti yang beliau pernah lakukan pada tahun 1974…..???

 

Apakah pada petang ahad 20hb.Sept.1998 itu adalah hari yang biasa pada hari-hari lain….??? namun begitu….rakyat dan bangsa Malaysia telah bangkit dan menzahirkan kepada Mahafiraun@Mahathir A/L UMNO@BN yang mereka semua telah memberi isyarat yang tegas dan penuh menakutkan mereka yang sentiasa melakukan kesalahan dalam pemerintahan kerajaan Malaysia….??? Namun begitu hanya seorang insan kerdil yang bernama ANWAR IBRAHIM dengan begitu berani serta tegas berserta dengan suara lantang meminta Mahathir@Mahafriaun meletakan jawatan sebagai Perdana Menteri….??? Ini telah benar-benar menakutkanya….??? Dengan ratusan ribu rakyat dan bangsa Malaysia yang menguasai Bandar Kuala Lumpur….FRU dan SB Polis Dr. Mahathir@Mahafiraun benar-benar kecut perut dengan kebangkitan mendadak suara rakyat suara keramat pada petang yang hening tersebut….??? Namun begitu kebangkitan tersebut mula terbantut apabila menjelang tengah malam.

 

Bukit Damansara….benar-benar menjadi tumpuan dan kepungan Polis Dr. Mahathir@Mahafiraun pada sebelah malamnya….dengan anggota UTK yang bersenjata lengkap dan bertopeng bak penyamun…..terus menceroboh masuk ke rumah seorang insan kerdil yang bernama ANWAR IBRAHIM…..dengan memecah pintu dan tingkap UTK ini tanpa segan silu untuk menghunuskan senjata kepada tetamu yang hadir pada malam tersebut….malahan kepada seorang anak kecil yang bernama NURUL HANA ( 100 bulan tu tak lama kan mama ) pun diletakan muncung senjata dikepalanya……??? Rumah seorang insan kecil ini diserang seolah-olah insan kecil ini…..seorang penjenayah yang lebih tinggi tarafnya dari BOTAK CHIN dan BENTONG KALI atau KOMUNIS….??? Pada malam itu maruah rakyat dan bangsa Malaysia telah dicabul dan diliwat oleh Mahathir@Mahafiraun dengan mengunakan Polis Dr. Mahathir@Mahafiraun ……??? Apakah tragedi 20hb.Sept.1998 ini benar-benar telah mencapai klimax gerakan “REFORMASI”…..??? atau permulaan yang benar-benar menakutkan Mahathir@Mahafiraun A/L UMNO@BN  tentang kebangkitan rakyat.

 

Hari ini 20hb.Sept.2000….genaplah 2 tahun insan kerdil bernama ANWAR IBRAHIM berada dalam tahanan politik…dan telah 2 tahun jugalah seorang isteri dan anak-anak tidak dapat bersama seorang suami dan ayah secara bebas serta menikmati kasih sayang yang hakiki…..hari ini seorang ibu terlantar sakit kerana mengenangkan nasib seorang anak berserta keluarganya yang ditimpa malapetaka hasil kerja tangan makluk perosak bernama Mahathir@Mahafiraun A/L UMNO@BN …..apakah rakyat dan bangsa Malaysia masih mampu tersenyum dan tidur dengan lena….selama 2 tahun ini….???

 

Apakah rakyat dan bangsa Malaysia….masih mampu mengatakan satu hari nanti Mahathir@Mahafiraun A/L UMNO@BN akan membebaskan ANWAR IBRAHIM dengan tanpa syarat…..??? Apakah Mahathir@Mahafiraun A/L UMNO@BN akan mengatakan ANWAR IBRAHIM seorang yang tidak bersalah dan beliaulah yang sebenarnya yang bersalah kerana melancarkan fitnah kepada ANWAR IBRAHIM….??? Apakah Paul Augustin, Mokhtar Abdullah, Azizan Abu Bakar, Umi Halfida, Musa Hassan, Ariffin Jaka, Megat Junid, Daim Zainuddin, Tengku Adnan, Khalid Jefri, Khairuddin Hassan, Ghani Patail, Azhar Muhammad, Rahim Nor, Eric Chia, Vincent Tan, Tajuddin Ramli, Mohzani Mahathir, Mirzan Mahathir, Marina Mahathir, Mukhlis Mahathir dan juak-juaknya akan mengatakan mereka semua telah melakukan kesilapan…kerana memfitnah dan memusnahkan kehidupan manusia yang bernama ANWAR IBRAHIM….??? Dan merekalah yang sebenarnya patut berada di Penjara Sungai Buluh…..???

 

Apakah rakyat dan bangsa Malaysia masih dibuai mimpi-mimpi indah ciptaan Mahathir@Mahafiraun berserta juak-juaknya…..kerana mimpi-mimpi indah itulah rakyat dan bangsa Malaysia kini telah diibaratkan sampah dan najis oleh Mahathir@Mahafiraun A/L UMNO@BN …..??? Apakah kita masih mahu di perbodohkan dan diperkotak-katekan oleh seorang yang bernama Mahathir@Mahariaun A/L UMNO@BN …..???

 

Adakah kita mampu dan berselera untuk makan di Dataran Merdeka pada hari ini…??? Sedangkan kita semua telah menjadikan seorang insan kerdil yang berjiwa rakyat sebagai tahanan politik di Penjara Sungai Buluh dan batu loncatan serta pelindung kita semua untuk melindungi diri dari dimamah oleh rejim Mahathir@Mahafiraun dan juak-juaknya….?? Tergamakkah kita memakan dan meminum air dari hasil pengorbanan seorang insan kerdil ini serta keluarganya…..??? dimanakah maruah dan harga diri kita semua….??? Apakah dengan menjadikan ANWAR IBRAHIM sebagai mangsa Mahathir@Mahfiraun A/L UMNO@BN kita semua benar-benar selamat dan mampu tidur lena….??

 

Apakah jiwa dan semangat pejuang yang telah diamanahkan oleh ANWAR IBRAHIM kepada rakyat dan Malaysia ini….hanya dengan menjadikan ANWAR IBRAHIM sebagai burung dalam sangkar untuk mainan Mahathir@Mahafiraun dan juak-juaknya sehajakah….?? Apakah ANWAR IBRAHIM itu layak dikatakan sebagai pengemis REFORMASI sehajakah…??? Atau kita kini yan mengemis simpati dan pertolongan dari Mahathir@Mahafiraun serta juak-juaknya….??

 

Ayuh rakyat dan bangsa Malaysia…sempena genap 2 tahun…saudara kita ANWAR IBRAHIM terpenjara oleh Mahathir@Mahafiraun A/L UMNO@BN ….kita bangkit dan sedar dari mimpi-mimpi indah dari sandiwara ciptaan  Mahathir@Mahafiraun A/L UMNO@BN…..Insan yang bernama ANWAR IBRAHIM perlu diselamatkan serta dikembalikan kepada rakyat dan bangsa Malaysia…..hak bangsa dan rakyat Malaysia wajib dikembalikan kepada yang hak…..susunlah saf perjuangan terdiri dari pejuang reformasi dan barisan alternatif untuk meruntuhkan rejim Mahathir@Mahafiraun A/L UMNO@BN serta sumbat mereka ini kedalam penjara….?? Bangkitlah wahai anak bangsaku….?? Gerakkan seluruh jentera perjuangan anda semua…..pastikan tiada yang tertinggal….???

 

SELAMAT MENYAMBUT ULANG TAHUN KE 2, GERAKAN REFORMASI KEBANGSAAN……

 

” JANGAN BICARA SOAL PERJUANGAN….JIKA TAKUT HADAPI RISIKO “

 

SETITIK DARAH RAKYAT DAN BANGSA MALAYSIA GUGUR DI BUMI INI……MAHATHIR@MAHAFIRAUN TIDAK MAMPU MEMBAYAR DENGAN SELURUH HARTA DAN WANG YANG ADA DI MUKA BUMI INI…..???

 

SALAM REFORMASI DAN TERUSKAN PERJUANGAN ANDA SEMUA, INSYA ALLAH.

 

“ Rakyat Yang Di Jajah Oleh UMNO@BN 

  20hb.Sept.2000