Filem tragis arahan Sutradara Mahadev Mehmet yang diterbitkan oleh Produksi
AMENO & B Anne ini belum berakhir lagi. Walaupun 'Penjahat-penjahat' sudah
ditangkap namun Pengarah belum puas hati lagi.  Skrip filem itu juga ditulis
oleh Mahadev Mehmet. Mengikut skrip filem itu akan berakhir dengan Parti PAS
akan diharamkan. Ceritanya begini.
 
Selepas Ketua penjahat ditumpaskan oleh Tentera Kerajaan pimpinan beret
Merah Zaini, semua 'penjahat-penjahat' lain juga turut ditangkap tanpa
berlaku sebarang tembak-menembak walaupun dikhabarkan Kumpulan Ma'unah ini
Profesional dan mempunyai senjata canggih. ( Pengarah dan penulis skrip
gagal untuk memberi gambaran yang logik). Ketika Zaini menolak jatuh Amin,
ahli-ahli Mau'nah hanya lihat sahaja...(skrip cerita hindustan campur cerita
Yusuf Haslam). Lepas tu pasukan komando turun dari tempat sembunyian lantas
menangkap 'Penjahat-penjahat'. Kemudian penjahat-penjahat dibawa ke balai
polis dan dikenakan tahanan ISA. Media-media telah dilaporkan bahawa
penjahat-penjahat ini adalah dari golongan pengamal ajaran sesat. Sesat bagi
Pengarah ialah kerana memakai serban. Pada pandangan pengarah kenyataan
Tiada Ayat Larangan Judi dalam Al-Quran adalah Ajaran Sebenar begitu juga
Nabi Muhammad Tak Ada Gillette. Ini adalah kerana mereka mengamalkan Fahaman
Al-Mahafir'auniah yang dianggap satu-satunya Mazhab yang boleh dipakai. Dua
orang ulamak terkemuka Mazhab Al-Mahafir'auniah ini ialah Mid Bin Man atau
HaMan dan Astoga Jagat. Mereka adalah pelopor kepada ajaran wanita tidak
wajib pakai tudung. Salah satu ajaran tidak sesat bagi pandangan mereka.
 
Berbalik kepada kisah Tragedi SAUK ini, setelah Amin dan Geng di 'ISA' kan.
Maka macam biasalah...bagi mereka yang belum faham ISA ini elok rujuk balik
kes-kes yang lalu. Tetiba selepas beberapa minggu di ISA kan, muncullah Amin
dan beberapa orang lagi pengikutnya dalam semua Channel television yang ada
kat Malaysia termasuk MegaTV dan Astro membuat pengakuan...
"..Kami menyesal, kami telah diperalatkan oleh Pemimpin PAS untuk memaksa ke
rajaan BN letak jawatan,... Pemimpin PAS menjanjikan kami untuk memberi
beberapa jawatn Utama Kerajaan Baru termasuk menteri kepada ahli-ahli kami
dan saya sendiri akan mengetuai kementerian Pertahanan...',pengakuan Amin.
Begitulah kesan dadah dan mental torture yang dikenakan kepada tahanan.
Sedangkan Beruang pun boleh mengaku jadi Arnab...
 
Keesokannya PM akan memanggil mesyuarat tergempar atau sidang dewan untuk
membicarakan apakah tindakan seterusnya. Dalam masa 24 Jam usul mengharamkan
PAS diluluskan sebulat suara. Gerakan menangkap pemimpin-pemimpin PAS
dijalankan secara besar-besaran. Media-media memainkan peranan membakar
semangat rakyat membenci pemimpin PAS. Maka dapatlah PAS dilenyapkan dari
mukabumi Malaysia dan AMENO dan BN mempunyai peluang cerah pada tahun 2004.
Hanya itu sahaja cara yang boleh AMENO lakukan. Jangan dipersoalkan itu
kerja gila atau apa (ULAS Beret Merah Zaini).. memang pemimpin AMENO tu
gila. Orang gila pasti lakukan apa sahaja termasuk pancung leher anak. Bawak
tilam ke Mahkamah tu kerja orang gila. Cakap nak ke mahkamah bila sampai
masa cakap tak mahu pergi itu cakap orang gila. Tuduh orang tumbuk mata
sendiri, itu tuduhan orang gila. Perli Rasul tak ada pisau Gillette tak ke
GILA namanya!.Perli perempuan pakai tudung, bini sendiri pakai
Wig...Gilaaa..Gilaaa. Cakap Mahligai harga RM17 juta lepas tu bila tersepit
cakap Mahligai RM200juta itu Anwar yang nak, sah GILA. Jadi jangan persoal
apa yang dibuat gila atau tidak, sebab orang Gila pasti tidak mengaku dia
gila.
 
Kepada beret Merah Zaini, tak payalah soal ini kerja gila atau tidak sebab
ini memang hasil kerja orang gila. apalah harga nyawa pada orang gila. Usah
juga persoalkan pasal maruah. Senaraikan pemimpin UMNO yang bermaruah.
Senaraikan pemimpin UMNO yang tiada skandal. andainya pemimpin bermaruah,
tidaklah Malaysia jadi seperti sekarang. Peminum arak dilindungi, JAIS
dimalukan. Setiap kali Mahadey bukak mulut kami nampak wap-wap najis keluar
bersama tongkolan-tongkolan najis.
 
Sekian..
 
Jebat2000