Demo petang sabtu mendapat sambutan hangat Jam di tanganku sudah menunjukkan pukul tiga petang. Segera aku bergegas ke kereta. Ku hidupkan enjin dan terus ku pecut menuju ke jalan TAR. Ketika sampai di dataran terlihat olehku sebuah pentas yang telah siap di bina oleh DBKL utk persembahan tertentu. Untuk persembahan apa ntah, aku pun tak pasti.

Aku teruskan perjalanan menuju ke jalan TAR. Sampai di Pertama Kompleks, terus aku parking kereta aku kat situ. Kemudian aku berjalan kaki menuju ke jalan Dang Wangi. Ketika melalui sebuah kedai menjual kaset di panggung wayang, dapat aku dengari laungan "Allahu akhbar","RE-FOR-MA-SI" bersahut-sahutan. Di dalam masa yang sama juga kedai kaset kat panggung wayang tu memasang lagu-lagu bollywood sekuat-kuatnya. Akhirnya laungan "Allahu akhbar","RE-FOR-MA-SI" senyap. Yang terus menguasai ruang udara jalan Dang Wangi adalah lagu-lagu bollywood seperti "Tina getik yang taknak", "Kuch kuch hotak hang" dan "Hadi Joe bayar kereta"

Tiba-tiba laungan "RE-FOR-MA-SI" bergema kembali. Segera dengan pantas aku menuju ke depan balai polis Dang Wangi. Aku dapati terdapat sekitar 3000 reformis memenuhi jalan Dang Wangi. Aku lihat tiga orang reformis di tangkap. Salah seorang dari mereka ialah Raja Petra. Tidak lama kemudian kelihatan Sdr. Ezam, Mahfuz, Lokman Noor Adam dan beberapa orang dari BA masuk ke perkarangan balai polis. Sdr. Ezam nampaknya sedang bercakap-cakap dengan seorang pegawai polis.

Di ketika Sdr. Ezam, Mahfuz, Lokman dan yang lain sedang membuat laporan polis di situ, anggota-angota polis seperti FRU, CID dan polis berpakaian biasa sedang menghalau para reformis agar beredar segera dari jalan Dang Wangi. Para keformis kemudian terpaksa melarikan diri ke jalan TAR. Tidak lama selepas itu terdengar pula laungan "RE-FOR-MA-SI","bebaskan Anwar!", "Undur Mahathir Undur!", "Hancur-hancur! hancur Mahathir!" di Jalan TAR. Para reformis berkumpul kembali di hadapan kompleks SOGO. Aku lihat pula kali ini lebih ramai reformis berkumpul. Mungkin ada yang terlewat datang. Mengikut kiraan kasar, aku rasa terdapat sekitar 5000 hingga 7000 reformis berkumpul di jalan TAR.

Setelah reformis beredar dari Jalan Dang Wangi, FRU mulai membuat barisan kawat di jalan Dang Wangi. Oleh kerana irama bollywood terlalu kuat, maka semua FRU berkawat sambil berjoget ala-shah rukh khan. Salah seorang FRU yang memegang loud-hailer terus-terusan menyuruh reformis beredar dari situ. Tiba-tiba FRU tersebut bergegas menuju ke kedai kaset di panggung wayang di situ. Aikkk? Nak beli kaset ke? Ohhh tidakkk. Rupanya FRU ni mengarahkan penjual kaset menghentikan irama bollywood. Terus sunyi sepi jalan Dang Wangi.

Selesai sahaja Sdr. Ezam, Mahfuz, lokman dan yang lain membuat laporan, mereka keluar dari balai polis dan mereka mulai di kerumuni para wartawan. Selesai sahaja mereka memberikan kenyataan kepara para wartawan, kelihatan Sdr. Ezam dan Lokman menuju ke jalan TAR, manakala Sdr. Mahfuz pula menuju ke haluan lain.

Para reformis seterusnya di bawa menuju ke Dataran Merdeka. Sekitar 5000 hingga 7000 reformis berkumpul pula di Dataran Merdeka. Tidak lama selepas itu kelihatan pula Sdr. Ezam menaiki pentas yang di bina oleh DBKL dan memberikan ucapan beliau. Ohhhh... baru aku tahu, mungkin DBKL membina pentas tu untuk Sdr. Ezam memberikan ucapan pada "Demo Petang Sabtu 17 Feb 2001". Terima kasih DBKL.

Tidak lama kemudian kelihatan trak water cannon sampai di dataran Merdeka. Selepas tu aku dah tak tahu apa terjadi pasal aku dah nak balik. Demikianlah sebuah catatan peribadi dariku pada "Demo Petang Sabtu 17 Feb 2001".

Syabas aku ucapkan kepada para reformis yang masih mempunyai semangat kental untuk meneruskan perjuangan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Yaa. Teruskan perjuangan kita menentang rasuah, kronisme, nepotisme dan segala macam ketidakadilan. Syabas sekali lagi.

Sekian catatan peribadi dariku.

 

Sumber20lerrrrr ramli@freeanwar.com