Salam Reformasi,
03.03.2001

DEMO PETANG SABTU 3.03.2001 WATER CANNON MERINDUI PEMINPIN

Sekali lagi rakyat turun berhimpun di hadapan Sogo bagi sama-sama mahu meneruskan agenda membebaskan Sdr Anwar Ibrahim dan mengembalikan keadilan di negara kita ini. Sungguhpun kehadiran tidak begitu memberangsangkan tetapi kehadiran mereka melebihi dari jemputan pemimpin pada Jumaat 02-03-2001 bagi mengiringi Ezam ke balai polis di Shah Alam.

Apakah mereka tidak nampak indikasi yang di beri oleh rakyat. Indikasinya jelas, rakyat mahu turun ke DPS dan mahu terus menentukan agenda perubahan di laksanakan dengan mengembalikan nostalgia Petang Sabtu. Tetapi rakyat yang ada petang itu terus terpingga melihat siapa antara kepimpinan yang mungkin hadir dan bersalaman dengan mereka. Siapa antara kepimpinan yang mampu meluangkan masa dan memberi sokongan moral kepada apa yang mereka mahu lakukan. Lantas siraman hujan petang itu menyejukkan jeritan. Sogo ditinggalkan dan mereka menghala ke Hospital Besar Kuala Lumpur. Kehadiran mereka dengan slogan-slogan bebaskan Anwar dinanti oleh "water cannon" dan beberapa trak lori merah. Anwar Ibrahim sekali lagi mengagahkan diri untuk melihat dan melambai.

Yang paling menghayat hati ialah melihat seorang kakak yang tidak berhenti menangis melihat Anwar dari jauh. Begitu tersentuh kami melihatnya.

Bagaimanapun kami akan terus berada di Sogo setiap Sabtu biar ianya tidak dihiasi dengan kehadiran kepimpinan. Mungkin "water cannon" juga merindui mereka.

Komentar