Assalamualaikum dan Salam Reformasi!

Bermula dengan pemecatan Anwar, Laungan Reformasi kedengaran hampir setiap minggu pada penghujung 1998 dan hampir setiap bulan sepanjang tahun 1999. Seperti saat itu Mahathir akan tumbang pada bila-bila masa. Namun alaf baru tiba, keadaan nampak seperti berbeza, suara reformasi semakin kurang kedengaran, rasuah makin berleluasa dan Mahathir bertambah kediktatorannya. Apakah kita sanggup untuk tunggu 2004? Apakah rakyat sudah tidak mempedulikan lagi tentang reformasi?? Adakah ini tandanya, api reformasi akan padam?

Sebenarnya api reformasi ini boleh disemarakkan tahun ini, jika semua pihak terutama mahasiswa/siswi yang menjadi pemangkin api reformasi semasa 98/99 mengorak langkah dan strategi yang lebih aktif dan aggresif. Imbas kembali pada 98/99, saya masih ingat bagaimana rakan saya dari Skudai naik "kapchai" turun setiap Sabtu untuk menghadiri demonstrasi. Dan hampir setiap Jumaat, di masjid-masjid pula, ada saja risalah ataupun flier yg. mengumumkan akan diadakan rapat umum dan demonstrasi. Namun kini ditahun 2001, apakah mahasiswa/wi masih bersama rakyat ataupun AUKU telah menutup suara kalian semua. Mana perginya suara "Student Power" kamu??? Apa dah jadi dengan Gerakan Mahasiswa Lantang? Yang aktif kini hanyalah kumpulan "independent student" yang sentiasa bersama menyuarakan suara rakyat.

Bukannya tiada agenda yang hendak diperjuangkan, malah isu-isu kini lebih hebat dan bukan sahaja setakat isu Anwar Ibrahim. Ianya kini menjadi agenda nasional dengan isu-isu seperti isu Suqui,isu perpaduan melayu (Siapakah yang menghapuskan kuasa Raja-Raja Melayu kalau bukan UMNO dan kini mereka bercakap pasal penyatuan dan "Tak melayu hilang didunia" sedangkan UMNO itu sendiri yang menghancurkan Melayu,pooodahh), Indian settlement di Batu Caves, yang memerlukan pembelaan rakyat. Sementara itu hampir setiap bulan ada saja laporan polis dibuat namun tiada tindakan. Kita perlu desak siasat segera segala laporan polis malah terlampau banyak isu seperti isu bail-out yang terang-terang merompak wang rakyat -isu royalti, MAS, Penswastaan Hospital secara halus dimana kemudahan logistic hospital seperti cadar katil, ubat-ubatan, komputer semuanya dibekalkan oleh anak beranak Mahathir. Isu penganiayaan terhadap Anwar, pukulan Rahim Noor "Kaki Pukul" menyebabkan Anwar mengalami sakit tulang belakang yang amat sangat dan memerlukan pembedahan yang segera. Saudara Zulkifli Nordin mendedahkan bahawa ramai yang tidak tahu betapa serius nya kesakitan yang Anwar alami kerana beliau mampu tersenyum dan melambai kepada rakyat dari tingkat 5 wadnya setiap kali ada perhimpunan berbuka puasa dan raya di Hospital malah ada seorang doktor (Dr.M) yang mengatakan dia pura-pura sakit. Sebenarnya Anwar terpaksa berbaring sepanjang masa untuk meregangkan tulangnya untuk meredakan kesakitan kerana tulang belakangnya kini menikam urat sarafnya yang akan mengakibat kan kesakitan yang amat sangat sehingga beliau terpaksa menitiskan airmata. Tetapi beliau sanggup berdiri dan berjalan kearah tingkap dan melambaikan tangan kebawah kerana rakyat datang untuk melihatnya. Selepas itu, kita tidak tahu betapa pedihnya beliau menahan kesakitan sehingga menitiskan airmata dan terbaring diatas katilnya semula. Namun Rahim Noor masih bebas... Reformis Zulkifeli telah pergi namun jangan sia-siakan darah reformis yang tumpah kebumi. Kita masih ingat lagi di Jalan T.A.R bagaimana beliau dibelasah oleh SB-SB dan diseret, adakah kita akan mempersia-sia kan segala pengorbanan ini? adakah kita akan duduk diam tahun ini? Saya percaya jika Allahyarham masih hidup beliau akan turun dan memperhebatkan lagi perjuangan dengan reformis baru, the fight must go on!! Ya benar, pergi berjuang kamu mungkin ditangkap, duduk diam kamu selamat. Tapi apakah erti kehidupan ini jika saban hari hak rakyat diperkosa oleh penguasa. Demonstrasi ini adalah penting to put pressure on Mahathir seperti tahun 98 didalam kegawatan ekonomi. Tahun ini, ekonomi akan merudum lagi dan mungkin lebih teruk dan melalui demontrasi yang berterusan meminta beliau turun akan memberikan tekanan yang sangat kuat untuk step down. Ingatlah, suara rakyat, suara keramat. Laungan reformasi kita membuka mata kepada yang hanya melihat dan mendengar laporan dari media perdana. Setiap tunjuk perassan ada sebab. Kita juga tiada saluran, undang-undang ataupun mahkamah tak payah cerita semua orang tahu, meraka pun tahu sehingga terpaksa membuat "Judicial Reform" namun seperti anda tahu Mokhtar Abdullah atau lebih mesra dengan panggilan "Dugong" telah pun dilantik menjadi Hakim Mahkamah Persekutuan. Jka berdiam, rakyat tidak tahu, dunia tidak tahu dan dengan hanya berdemontrasi mesej rakyat dapat disampaikan dengan jelas. Perhimpunan demi perhimpunan amat merbahaya pada regim Mahathir - 20 Septembar himpunan 100,000 ribu, 25 November perhimpunan isu royalti, dan juga perhimpunan Menyambut Mahfuz dan rakan-rakan keluar dari penjara Kajang. Ianya adalah cara paling cepat dan berkesan untuk menumbangkan mahathir.

Oleh itu marilah kita sampaikan mesej ini kepada dunia. Persiapkan poster, bannner, manila kad, t-shirt dan sebagainya. Pastikan kita mendapat publisiti yang meluas terutamanya, mendapat liputan dari wartawan asing. Tiada penganjur kerana kitalah penganjur, rakyatlah penganjur, kita keluar beramai-ramai kerana atas kesedaran diri sendiri. Semua orang perlu menjadi leader kerana yang selalu menjadi mangsa SB-SB adalah leader. Jika semua orang jadi leader, nescaya mereka akan takut dan tak tahu nak tangkap yang mana satu. Memang ramai yang follower, kita perlu ubah konsep ini,semua follower perlu memainkan peranan sebagai leader. Saya percaya jika kita teruskan demontrasi(DPS) tiap-tiap minggu(continuity) pasti akan ada langkah seterusnya untuk menumbungkan Mahathir. Ini adalah Mahathir juga sedang mengatur langkah kerana beliau tahu kejatuahan semua diktator disebabkan oleh golongan elit(tentera, askar, jabatan kerajaan) yg berpaling tadah. Mahathir mula mengambil hati polis dan tentera dengan menaikan elaun dan juga mengadakan jamuan untuk mereka. Malah UMNO cawangan juga diminta untuk membuat apa-apa jamuan dibalai-balai polis dan kem-kem tentera untuk merapatkan dan menjaga hati mereka. Oleh itu kita perlu mengatur langkah pendekar kita agar tentera dan polis sedar kebangkitan rakyat yang bencikan pemerintahan Mahathir dan membuatkan mereka terfikir untuk bersama rakyat.

Dimana? - di KL, Jalan T.A.R Bila? Demonstrasi Petang Sabtu, 17 Februari 2001

- Bangkitlah kita bangun dan lawan r34mi5t