Komentar
19-03-2001

KOMENTAR TERUS MENDESAK TRIPOD.COM UNTUK MENJAWAB

Sudah tiba masanya kita bersatu mendesak Tripod.Com untuk menjawab tindakan yang diambil oleh mereka keatas laman-laman Pro Reformasi. Apakah kita harus membiarkan mereka bersenkongkol dengan kerajaan Malaysia dalam tindakan membasmi suara-suara yang mengkritik mereka. Apakah Malaysia mahu mengamalkan budaya yang tidak boleh dikritik.

Tripod.Com mampu kita jentik. Kita mampu menghebahkan keseluruh dunia bahawa tripod.com (Lycos) tidak peka kepada hak dan kebebasan rakyat Malaysia untuk bersuara. Mereka setakat ini tidak lagi menjawab kenapa dan mengapa kita dikatakan telah melanggar syarat dan terma mereka. Apakah syarat dan terma mereka menolak kebebasan bersuara. Andai itu terma mereka kita semua Laman-laman yang terlibat harus mengambil initiatif untuk membantah perkara ini.

Komentar mencadangkan agar kita mengambil format surat yang tertera dalam Laman Reformasi (Mahazalim) yang boleh di capai di url : http://mahazalimtwo.tripod.com atau http://mahazalim.terrashare.com

Seperti biasa Komentar mengulangi bahawa capaian laman Komenter adalah pada url : http://komentar.terrashare.com.

Teruskan perjuangan.     

Komentar