SURAT DARI SAUDARA DOLLAH SALLEH

KEPADA SEKRETARIAT OPS 2004

 

 

Asalamualaikum dan selamat sejahtera.

 

Saya merupakan seorang civilian tetapi mempunyai ramai kenalan dan saudara-mara yang terlibat sebagai anggota keselamatan. Melihat kepada rayuan anda menyebabkan saya terpanggil untuk menyatakan sedikit pendapat tentang pihak keselamatan daripada kacamata saya sebagai seorang awam. Secara ikhlas, saya menyokong Ops anda terhadap pemerintahan yang zalim.

 

Walaumacamana pun terdapat beberapa pekara pokok yang perlu diperbaiki untuk mendapatkan sokongan yang mutlak kepada anda. Pada pandangan saya pihak yang terjejas teruk dari segi imejnya ialah pihak baju biru gelap. Pihak baju hijau masih lagi dipandang tinggi dan dihormati kerana berdasarkan analisa kepada pilihan masyarakat yang berumur 10 tahun dan remaja. Pihak biru gelap sudah dipandang rendah sejak dari dulu lagi. Cuma ia bertambah teruk sejak peristiwa mata lebam DSAI.

 

Orang yang layak memegang tampuk KPN adalah orang seperti Saudara Ismail Cek Ros. Selagi orang politik memgang jawatan tertinggi di KDN selagi itulah imej biru tua akan bertambah teruk. Ini berbeza dengan baju hijau, kerana kebanyakan orang politik yang memegang tampuk tertinggi, tidak tahan dengan keranah pegawai baju hijau yang lebih firm dengan pendirian. ( kecuali maskot Sauk-Si Lt Jen Zaini ).

 

Pihak Leftanan KLUANGMAN tidak perlu risau tentang fenomena yang melanda masyarakat tentang imej buruk pihak keselamatan. Saya kerap kali menghadiri ceramah BA dan function BN, dan hasilnya saya berani menyatakan bahawa pihak BA tetap memandang tinggi pada pihak keselamatan dibandingkan BN yang kerap menggunakan anggota keselamatan sebagai orang suruhan. Saya akan tetap menyokong usaha kluangman dan rakan-rakan.

 

Berdasarkan pengamatan saya, kluangman harus menukar sedikit modus operandi, supaya lebih aggresif dan efisien.(PROJEK A).

 

Aku dan keluargaku akan membantu mana-mana pihak yang tegak kepada hukum Allah dan bersikap adil. Sila balas.

 

 

 

 

DOLLAH SALLEH

 

untuk;

 

SEKRETARIAT OPS 2004