MAHATHIR, DOLLAH  + PDRM = 'JOKER'

 

Hari ini 17/11/2000 saya terbaca surat khabar yang dalam perhatian KDN China Press, tentang senarai orang yang dicari oleh ajensi 'idiot'. Dollah sila berikami tunjuk sebab mengapa rakyat Malaysia mesti mempercayai keberkesanan pihak PDRM dalam menjalankan tugasnya.

 

Untuk pengetahuan saudara ingatan kami tidak mudah lupus seperti apa yang ditulis Mahathir dalam 'Malay Dilemma', bagaimana SAC Musa Hassan mengajar si dungu Azizan   mengaku yang dia diliwat pada tahun 1992 dan ditukar ke 1994 kemudian ditukar lagi oleh kerana kesalahan menaip ke satu tarikh antara Januari - Mac tahun 1993, dimana beliau diliwat di tivoli villa sedangkan condominium tersebut belum dibuat. Dan bagaimana si pengecut Rahim Noor yang menumbuk DSAI dengan mata tertutup dan tangan digari yang bila sampai masa perbicaraan sentiasa melampirkan sijil sakit.

 

Adakah mungkin anak kecil berumur 2(dua) tahun dan seorang lagi berusia sekitar 5 tahun adalah antara mereka yang dikehendaki oleh pihak polis. Ini tidak termasuk kes-kes kekejaman polis dalam menghalang perhimpunan aman yang dianjurkan oleh Barisan Alternatif dan bermacam kes lainnya.

 

Dengan rentetan peristiwa diatas, saya rasa sudah sampai masanya untuk kita mengadakan pembaharuan menyeluruh untuk menjadikan Malaysia sebagai negara yang disegani di antarabangsa. Cukuplah kerosakan yang anda lakukan selama ini, anda telah gagal dalam menjalankan tanggung jawab yang diamanahkan, sebenarnya dilema melayu adalah kalian.

 

Jangan jadikan anak-anak kami mangsa kerakusan kuasa kamu, biarlah mereka dapat berdiri tegak sama tinggi dengan anak lain diseluruh dunia dengan penuh bangga.

 

Insyaallah.

 

 

A@2000