GOLONGAN DESPERADO SEMAKIN MENGGANAS

 

Setelah insiden di Sauk gagal diekploitasikan oleh Dr Mahathir dan konco-konconya sebagai political mileage mereka, muncul pula satu drama baru iaitu rampasan senjata sub machine gun di Gombak.Perbezaannya kali ini adalah insiden ini adalah kisah benar dan bukan main wayang lagi.Puak Al Ma'unah pula tidak terlibat dalam insiden tersebut sepertimana yang telah dimaklumkan oleh KPN Tan Sri Norian Mai.

Tujuannya adalah untuk memerangkap penyokong-penyokong BA supaya menganggapnya sebagai sandiwara sahaja.Secara kebetulan kedua-dua insan yang melakukannya bermula dengan nama Muhammad. Mudah-mudahan tidak ada sesiapapun yang akan mempolitikkan perkara ini.

Apabila saya menonton cerita In The Name Of The Father lakonan yang disiarkan di TV 2 semalam,saya rasakan ianya sinonim dengan apa yang berlaku kepada mantan TPM Datuk Seri Anwar Ibrahim.ISA, Konspirasi peringkat tertinggi,institusi polis yang telah punah serta mahkamah kangaroo mengakibatkan ramai rakyat Malaysia menderita.

Taktik ugut-mengugut dan benci membenci antara satu sama lain seringkali menjadi permainanan politik Dr Mahathir.Terbaru kerajaan bercadang untuk mengurangkan subsidi minyak
kepada rakyat ekoran kenaikan harga minyak di pasaran. Maksud beliau tak lain dan tak bukan ialah kerajaan akan menaikkan harga minyak.

Semboyan perang cuba dibunyikan oleh Dr Mahathir dan sentimen perkauman menjadi sasaran utama beliau....Apakah Judgement Day menjadi titik tolak agenda politiknya selepas ini?Berhati-hatilah semua reformis!Jangan biarkan Tok dalang ini merosakkan demonstrasi aman yang akan kita jayakan nanti.......

Ingatlah semua!apabila perang tercetus maka sukar untuk dihentikan lagi.Tidak sukar untuk mengagak tindakan Dr Mahathir selepas itu