Perlantikan MB Baru Selangor : UMNO Desperado
Pada hari ini UMNO sekali lagi telah membuat satu langkah yang dikira sebagai langkah seorang desperado dengan melantik Dr. Mohd Khir Toyo sebagai menteri besar Selangor. Ini juga bermakna Mahathir telah menghina seluruh kepimpinan Negeri Selangor dengan menolak kesemua 11 nama yang telah dicadangkan oleh UMNO Negeri Selangor.

Penghinaan kepada kepimpinan Negeri
Penolakan kesemua nama yang dicadangkan oleh UMNO negeri menunjukkan kesemua mereka itu adalah terdiri dari golongan yang gagal dalam mentadbir negeri ini sejak pilihanraya yang lepas. Kalau hendak dikirakan mereka yang ditolak itu adalah merupakan nama-nama yang cukup besar dinegeri Selangor yang terdiri dari Timbalan Menteri Besar serta Exco-exco kanan negeri.
Ini juga bererti tidak seorang pun dari kelangan mereka mendapat keyakinan dari
Mahathir dimana silap mereka masih belum kita ketahui. Beberapa andaian yang boleh dibuat adalah
Mungkin mereka sememangnya gagal memaut kembali hati rakyat.
Mungkin mereka belum punya cukup fail untuk dicucuk higung.
Mungkin mereka tidak tahu mentadbir negeri.
Mungkin mereka telah gagal dan akan terus gagal membendung kebangkitan rakyat.
Sepatutnya seluruh rakyat Selangor menyesali pilihan mereka kecuali di DUN Hulu Klang, Gombak Setia, Sg Besar, Sg Burung dan Kajang merasa malu kerana sebenarnya pilihan mereka tidak layak menjadi pemimpin pada kacamata Mahatihr.

Langkah Desperado Mahathir
Perlantikan MB dari kalangan orang muda ini menunjukkan Mahathir sangat terdesak untuk mendapatkan sokongan dari golongan muda yang selama ini cukup berani menentang BN secara terbuka. Keberanian golongan muda ini yang berpihak kepada BA nampaknya amat sukar dibendung oleh UMNO dan sekutunya. Mereka tanpa sedikitpun merasa takut atau gentar untuk menyatakan ketidak-puasan hati mereka melalui pentas-pentas ceramah mahupun melalui siri-siri demonstrasi jalanan. Lokap sudah menjadi sebahagian dari institusi latihan bagi mereka. Masyarakat umum pun nampaknya menerima baik perubahan budaya orang muda ini.
Natijah dari senario ini mungkin Mahathir nampak hanya orang muda yang dapat memahami jiwa golongan yang seangkatan dengan mereka. Namun Mahatihr tidak menyedari bahawa rakyat sudah jelak dengan mereka dan cukup merasa jijik dengan golongan muda yang telah dikembirikan yang masih menyokong UMNO. Masyarakat memandang bahawa golongan muda yang masih berada di dalam UMNO sebagai golongan muda yang dayus dan tidak bermaruah.
Jadi walau seramai manapun golongan muda yang dilantik oleh Mahathir tidak akan membawa kesan kepada masyarakat kerana masyarakat telah dapat menilaikan siapakah yang benar-benar memperjuangkan hak rakyat. Tidak seperti segolongan orang muda di dalam UMNO yang hanya tahu membaham harta rakyat dan mengenyangkan perut sendiri sahaja.
Ini dibuktikan dengan penolakan sebahagian besar mesyarakat Melayu terhadap Dr. Mohd Khir sendiri di DUN Sg Panjang yang mana Dr Mohd Khir Toyo hanya menang dengan majoriti 165 undi sahaja.

Hakim Negara
http://hakimnegara.tripod.com/freeanwar
hakimnegara@freeanwar.com