Assalamualaikum semua,

Kami dari pihak Majlis Perwakilan Pelajar UPM dan Persatuan Mahasiswa Islam UPM akan mengadakan satu demonstrasi pelajar pada hari Jumaat ini bagi membantah kehadiran MAHAFIRAUN ke UPM. Motif untuk kami mengadakan demonstrasi ini ialah bagi menunjukkan kepada MAHAFIRAUN yang kaum pelajar telah muak dengan kerenah dan lakonan beliau. DEMONSTRASI INI AKAN DI KETUAI OLEH PRESIDEN MPPUPM.

Butir butir tentang demonstrasi ini:

Tempat:
Di Hadapan Masjid UPM

Masa:
selepas solat jumaat

Tarikh :
Jumaat, 15 Disember 2000.

Kami akan mengumpulkan seluruh tenaga pelajar untuk menunjukkan bantahan kami kerana kami yakin tentu ada agenda tertentu beliau mesuk ke dalam kampus. Untuk pengetahuan sekalian, borang untuk menjadi ahli UMNO telah diedarkan kepada pelajar bermula di FAKULTI PENDIDIKAN, UPM. di jangka 10000 pelajar akan menghadiri perhimpunan ini.

Oleh itu, kami akan bergabung dengan pelajar-pelajar dari SELURUH GERAKAN PELAJAR UNTUK MENYATAKAN BANTAHAN KAMI. Diseru kepada mereka yang cintakan keadilan dan membenci MAHAFIRAUN juga turut serta!

Anjuran:
MPPUPM, MPPUTM,MPPUKM, GEMA, GERAK LANTANG, GAMIS, BBMN, DEMA,GMWM

MPPUPM
12 Disember 2000