KOMENTAR

 

Salam Reformasi

25.10.2000

 

JANGAN CABAR MELAYU

 

Komenter teringat akan satu simponi mainan Datuk Aziz Sheikh Fadzil apabila melaungkan isu Suqiu. Surat Kabar Cina sempat mengambil gambar insiden-insiden menarik sewaktu demo tari Pemuda UMNO tersebut sedangkan akhbar media arus Perdana seolah “confius” samada mahu melapurkan atau tidak. Apa pun yang paling menarik ialah slogan-slogan JANGAN CABAR MELAYU menari-nari di bawa oleh ahli-ahli UMNO yang sememangnya hanya hadir mengikut telunjuk kepimpinan mereka. Demo Tari tersebut sudah berlalu. Suqiu masih tidak memohon maaf pada Datuk Aziz Sheikh Fadzil, Mahathir hanya tahu mengatakan bahawa isu sudah selesai dan masyarakat UMNO terus bisu. Apa yang telah selesai dan apa yang telah tercapai tiada siapa yang tahu. Hanya yang kita pasti ialah demotari Datuk Aziz Sheikh Fadzil tidak laku tiketnya. Demo tari tersebut hanya tinggal satu igauan pada Datuk Aziz Sheihk Fadzil. Pemuda UMNO masih dijajah oleh wadah Dr Mahathir. Mereka tidak bebas dan tidak akan merdeka sehingga Datuk Hishammuddin  dan Datuk Aziz  sedar bahawa jalan perjuangan yang di bawanya hampar dan tidak bernyawa.

 

JANGAN CABAR MELAYU hanya tinggal satu demotari hasil nukilan Dr Mahathir dengan Datuk Aziz Sheikh Fadzil.

 

Pada hakikatnya MELAYU di bawa pimpinan UMNO sudah usang dan gagal menjadi pembela bangsa. UMNO sudah berdosa dengan perlakukan keji serta dokongan mereka atas kejijikan perbuatan Dr Mahathir Presiden mereka.

 

Komentar