KOMENTAR

 

 

18.08.00

Salam Reformasi

 

PEMUDA UMNO BERDEMONSTRASI TIUPKAN SEMANGAT PERKAUMAN

 

Mereka seolah-olah mahu berbalahan kaum. Mereka seolah-olah mahu Melayu bersatu dengan meletakkan golongan Cina sebagai lawan. Ini satu tektik CyWar yang kotor andai tiupan semangat melayu itu gagal dipadamkan. Kenapa mereka lakukan semua ini? “Desperate” untuk mendapatkan sokongan Melayu kepada UMNO,barangkali. Tindakan ini dikecam oleh kita yang mahukan perpaduan antara semua bangsa. Mereka bermain dengan api hanya kerana mereka mahu Melayu kembali kepada menyokong UMNO. Melayu TIDAK akan kembali menyokong UMNO andai Perdana Menteri tidak undur, andai UMNO masih belum me-reformasikan organisasinya, selagi kepimpinan UMNO tidak dimaafkan oleh rakyat.

 

Mainan isu perkauman UMNO khususnya PEMUDA UMNO amat menjijikkan. Apakah mereka mahu melihat pertumpahan darah? Mana dia AKTA HASUTAN, MANA DIA ISA yang kononnya dikekalkan kerana menjaga kepentingan negara. Mana dia semua ini yang dilempar keatas kepimpinan Barisan Alternatif. UMNO tidak relevan dan apa sahaja yang dibuatnya termasuk hari ini yang kononnya ingin mempertahankan nampaknya hanya beragendakan politik semata-mata.

 

HENTIKAN POLITIK BURUK TERSEBUT