KOMENTAR
12.09.00
Salam Reformasi
ISU HAK KEISTIMEWAAN MELAYU
Isu Hak Keistimewaan Melayu sekarang sudah melangkah
ke satu tahap baru iaitu isu perdebatan terbuka antara PEMUDA PAS dan PEMUDA
UMNO. Perdebatan tersebut berkaitan dengan Isu Keistimewaan Melayu.
Isu Keistimewaan Melayu ini telah terselongkar apabila kenyataan 17 perkara
Siqiu di gemparkan oleh Utusan Meloya. (MENELITI KENYATAAN 17 PERKARA SUQIU
KLIK SINI ) Beberapa perkara yang menjadi tarikan dalam 17 perkara
tersebut dapat di lihat seperti berikut :
·
Enact
a Race Relations Act to combat racism, racialism and race discrimination and
institute a Race Relations Commision;
·
Take
steps to abolish in all aspects, the "bumiputera / non-bumiputera"
distinction.
·
Abolish
the quota system based on "race" and replace it with a means-tested
sliding scale;
·
Relinquish
the racial-based quota system for university admission.
Perkara-perkara tersebut ada sedikit sebanyak menyentuh beberapa perkara yang sedang di nikmati oleh Melayu dan Bumiputra sekarang ini. Suqiu juga menyentuh perkara-perkara lain khususnya berhubungkait dengan sistem demokrasi dan keadilan. Akta-akta seperti ISA dan beberapa ketidakadilan juga di ketengahkan oleh Suqiu yang boleh juga di terima pakai oleh Kerajaan memerintah. Persoalannya ialah kenyataan Suqiu tersebut sedikit sebanyak menyentuh juga persekitaran Melayu. Hasil dari itu Pemuda UMNO telah melaksanakan DEMONSTRASI yang mana sebelum ini DEMONSTRASI YANG DILAKSANAKAN OLEH REFORMASI dianggap perhimpunan haram.
MALAYSIAKINI juga pernah melapurkan bahawa PEMUDA
UMNO ada meminta PEMUDA PARTI KEADILAN NASIONAL untuk sama-sama melaksanakan
bangkangan mungkin berbentuk demonstrasi terhadap kenyataan Suqiu. Apa yang
jelas ialah perkara-perkara yang digariskan oleh Siqiu seperti yang tertera tidak disenangi oleh Pemuda UMNO.
Komentar juga turut
menggariskan bahawa kenyataan Suqiu tersebut adalah satu lagi sandiwara
Mahathir dan ini sebenarnya bermain dengan api. (Lihat kenyataan KOMENTAR KLIK
SINI) . Sungguhpun begitu
kenyataan-kenyataan Suqiu berhubung dengan 17 Perkara tersebut perlu di kaji
oleh semua parti secara praktikal.
Komentar dan laman-laman lain ragu akan kenapa kenyataan ini dibuat oleh
Suqiu? Kenyataan sebegini perlu diteliti dan kefahaman menyeluruh mengenai isu
ini perlu di perjelaskan oleh Siqiu.
Jesteru itu kerana
Laman-laman Web Pro Reformasi mengatakan bahawa kenyataan ini adalah sandiwara kedua UMNO maka PEMUDA UMNO bersetuju
untuk berdebat. PAS dan Barisan Alternatif tidak gentar untuk berdebat mengenai
hak keistimewaan orang Melayu. Bagi Komentar tidak salah untuk mereka berdebat.
Pihak Pemuda Pas kemudiannya mahukan debat terbuka seperti yang dilapurkan oleh
MalaysiaKini. ( Untuk
membaca artikel Malaysia Kini KLIK SINI)
Ini adalah bagi seluruh
rakyat Malaysia dapat melihat dan mendengar perkara-perkara perihal HAK KEISTIMEWAAN
MELAYU.
Komentar tersenyum kerana
kenyataan 17 perkara Suqiu, kita akan lihat
MELAYU sesama MELAYU berdebat secara terbuka mengenai perkara Hak Keistimewaan
Melayu. Yang jadi penonton adalah semua kaum di Malaysia.
Komentar syorkan bahawa satu
forum di gunakan untuk isu ini tetapi debat terbuka di gunakan untuk
membicarakan secara terbuka kes-kes berhubung dengan Perbicaraan Anwar Ibrahim,
Fitnah Azizan Abu Bakar , Isu Kehakiman dan Perundangan agar kita rakyat
Malaysia dapat melihat tersedaknya UMNO dalam menjawab isu-isu tersebut.
Bagi Isu Hak Keistimewaan
Melayu, Komentar melihat bahawa isu ini perlu ditangani secara praktikal dan
lebih berhati-hati. Andai tidak ada manipulasi politik mengenai 17 perkara yang
di kemukakan oleh Suqiu maka kita mesti melihatnya perkara tersebut sebagai
satu kenyataan yang tidak sensitive oleh Suqiu. Tetapi andai ianya satu
manipulasi politik maka hentikan api perkauman tersebut. Komentar percaya kita
bijak menilai kenyataan 17 Perkara Suqiu tersebut dan dapat membuat simpulan
tersendiri samada ianya mempunyai unsur-unsur membicarakan atau mencalari hak
keistimewaan melayu.
KOMENTAR
BEBASKAN ANWAR IBRAHIM