AGENDA DEBAT SATU LAGI SANDIWARA

Kemungkinan besar rakyat Malaysia tidak akan dapat menyaksikan kehebatan Hishamuddin Onn berdebat dengan Saudara Mahfuz. Seperti yang dijangkakan, Agenda Debat ini adalah salah satu daripada siri Sandiwara Semasa terbitan AMENO Production dan diarahkan oleh Sutradara Popular masakini Tuan Haji Mahathir.

Begitu gamat paluan gong AMENO, mengajak PAS berdebat dengan tajuk pilihan mereka berkaitan Agenda Melayu. Sekembalinya dari makan angin di luar negara, Tuan Haji Mahathir berkata beliau amat bersetuju dengan Debat yang dikatakan, dua tiga hari kemudian persetujuan ini disahkan pula oleh majlis tertinggi AMENO Production. Tuan Haji Mahathir ketika mengulas mengenai perkara ini berkata, usaha Debat antara AMENO dan PAS ini wajar dan amat perlu bagi menerangkan kepada rakyat tentang apa yang telah dilakukan oleh AMENO demi umat Melayu dan membongkar penyelewengan PAS kununnya. Pihak PAS pula dengan senang hati menerima pelawaan untuk berdebat, malah menyerahkan bulat-bulat kepada pihak AMENO menetukan tempat, tarikh bahkan pengerusi debat selain dari tajuk debat pun ditetukan oleh AMENO. Panglima Debat AMENO yang juga dikenali dengan panggilan popular 'Bapok Siam', kelihatan begitu bersemangat untuk berdebat walaupun ada pihak dalam AMENO menasihatkannya supaya jangan teruskan beliau tetap dengan pendirian mereka. Begitulah sinopsis sendiwara AMENO. Semangat yang mereka tunjukkan diperingkat awal hanyalah helah politik semata. Mereka mahu memberitahu rakyat mereka tidak gentar untuk berdebat dengan PAS. Mereka ingin memberitahu kununnya mereka berada di pihak yang benar.

Hari ini 18/10/200 sedikit demi sedikit skrip sebenar sandiwara ini terbongkar. Maka berkatalah sang sutradara, PAS menganjurkan debat untuk memburukkan AMENO. Ini adalah isyarat awal yang jelas bahawa Drama Debat tidak jadi diterbitkan hanya sekadar promo sahaja. Apakah lupa sang sutradara, bahwa Drama Debat bukanlah dianjurkan oleh PAS, tetapi lahir dari ilham Pemuda AMENO sendiri. Malah segala-galanya perancangan AMENO, PAS hanya menyahut cabaran sahaja. Ini tidak lain dan tidak bukan adalah cubaan pihak penerbit untuk membatalkan Drama Debat sambil memburukkan PAS, kata orang sambil menyelam minum air taik. Adalah dipercayai selepas ini akan muncullah sang burung kakak tua dan Sang Sesumpah (Pokka) mengangguk dan mengulangi kata-kata tuan mereka. Maka PAS akan dikecam, dikritik dicaci dan dihina oleh mereka. Namun begitu rakyat akan semakin menyanjung PAS. Seperti yang saya katakan dalam artikel yang lalu bahawa saya yakin 500% bahawa Drama Sandiwara Debat ini tidak akan diadakan. Bahkan kini keyakinan saya meningkat 1000%.

Jelas sekali, AMENO sudah tidak ada ilham. Segala perancangan bodoh mereka senang sahaja dibaca oleh rakyat yang nyata jauh lebih cerdik dan celik hati. Sebab itu apabila saya melihat penyokong AMENO menampal perekat dikenderaan mereka pasti hati kecil ini berbisik, " kasihannya! Mengapalah mereka ini bebal sangat. Semoga Allah membuka pintu hati mereka. AMIIIN." Tapi nak disalahkan mereka sepenuhnya tidak adil juga sedangkan pemimpin mereka yang memiliki PhD pun menafsirkan Agreement sebagai Memorandum. Royalti dikatakan Wang Ehsan...kalau BONUS dipanggil wang ehsan logik jugaklah.

SEKIAN.

KoBOY