EZAM DAN YB AZMIN DI TAHAN DI KLIA

Setelah kembali dari tanah suci Mekah untuk mengerjakan Umrah, YB Azmin dan Sdr Ezam telah ditahan polis di balai ketibaan KLIA pada jam 11:45 pagi. Setelah penahanan 7 orang petugas dan pemimpin KeADILan termasuk Ruslan Kassim, Tian Chua dan N. Gobalakrishnan; sekarang YB Azmin dan Sdr Ezam menjadi mangsa kezaliman kerajaan BN pimpinan Mahathir Mohamad.

Menurut maklumat yang kami terima, kenyataan daripada YB Azmin dan Sdr Ezam sedang diambil dan mereka kini telah dibawa ke balai polis KLIA. Nyata sekali bahawa kerajaan zalim pimpinan Mahathir Mohamad tidak dapat menerima keputusan rakyat di Lunas tempoh hari yang sudah jelas menolak kerajaan pimpinannya. Beliau sekarang sudah nekad dan akan mengambil apa-apa tindakan samada menurut lunas undang-undang ataupun tidak.

Ini dilakukan semata-ata untuk memuaskan hawa nafsu serakah dirinya untuk menguasai tampuk kepimpinan negara. Dengan takbir raya akan bergema dalam masa tidak sampai 24 jam, Sdr Anwar sedang merengkok didalam hospital mengerang kesakitan, YB Azmin dan Sdr Ezam tidak dapat dipastikan samada dapat menyambut Hari Raya bersama-sama anak isteri. Adakah ini sikap seorang pemimpin negara Islam?

Ini jelas menunjukkan bahawa tiada titik noktah dalam memuaskan hawa nafsu Mahathir Mohamad.Adakah kita sebagai umat Islam dalam sebuah negara yang kita banggakan sebagai sebuah negara Islam contoh, akan duduk diam berpeluk tubuh melihat saudara seIslam kita diperlakukan sedemikian dalam bulan Ramadhan dan menjelang Syawal yang mulia ini? Maksud sabda Rasulullah s.a.w : Kita wajib menegur sesuatu perbuatan yang mungkar(kejahatan) jikalau kita mampu dengan kekuatan fizikal, jikalau kurang upaya dengan tutur kata dan nasihat malah paling kurang sekalipun dengan niat dan doa.

Oleh itu, bangunlah seluruh umat manusia ditanah tumpah darah kita bernama Malaysia ini, sambutlah Hari Raya dengan penuh taqwa.Aidilfitri merupakan hari kemenangan menentang kebatilan, kemungkaran dan kezaliman. Ambillah iktibar daripada Hari yang mulia ini utuk kita sama-sama kuatkan iltizam dalam menegakkan kebenaran dan KeADILan. Semoga perjuangan kita diberkati Allah s.w.t. dan pohonkanlah daripadNya, tauhid dan hidayah semoga kita sentiasa dipeliharaNya.

WebMaster Pemuda KeADILan