DI PETIK DARI MALAYSIAKINI

Date: Tue, 12 Sep 2000 11:56:51 +0800

Sept 11, 2000

Debat: PAS kenakan 4 syarat
'Ein Azmi
4:15pm, ISN: Pemuda PAS mengemukakan empat syarat kepada Pemuda Umno untuk
mengadakan perbincangan mengenai isu hak keistimewaan orang Melayu. Satu
syarat itu bertentangan dengan cadangan Umno yang mahukan ia dibuat secara
tertutup.
"Masalah (hak istimewa) Melayu terhakis dalam pemerintahan Umno," kata Ketua
Pemuda PAS, Mahfuz Omar kepada malaysiakini, mempertahankan alasan beliau
ingin ia diadakan secara terbuka.
Beliau memberitahu parti itu telah menubuhkan jawatankuasa khas mengkaji
tentang " masalah orang Melayu yang ketara dalam pemerintahan kerajaan
Umno."
Mahfuz berkata Pemuda Umno menyatakan hasrat itu melalui satu surat
kepadanya Sabtu lalu sebagai menjawab surat terbuka kepada Datuk Hishamuddin
Hussein dua minggu lalu.
Dalam surat terbuka itu, Mahfuz berkata Pemuda Umno perlu menghentikan
sandiwara terhadap isu ketuanan Melayu dan berhenti menyalahkan orang lain
apabila isu itu dibangkitkan oleh Timbalan Pengerusi Majlis Perundingan
Ekonomi Negara II (Mapen), Datuk David Chua dan Jawatankuasa Rayuan
Pilihanraya Persatuan-persatuan Cina (Suqiu).
"Pemuda PAS berharap satu dialog secara terbuka dapat diadakan dalam
membincangkan isu hak keistimewaan Melayu yang mulai kabur," tegas Mahfuz
berhubung syarat utama perbincangan.
Tiga syarat lain yang turut dikemukakan antaranya meminta perbincangan itu
dipengerusikan oleh Profesor Diraja Ungku Aziz yang diangap seorang tokoh
berkecuali dan banyak berjasa kepada pembangunan ekonomi orang Melayu.
PAS juga mensyaratkan perbincangan itu nanti diketuai sendiri oleh
Hishamuddin dan disiarkan secara langsung melalui televisyen.
"Saya tidak akan emosional dan akan mengemukakan fakta-fakta berhubung isu
ini," kata Mahfu! z lagi, menjawab kenyataan Hishamuddin kepada akhbar Jumaat
lalu, y ang meminta PAS ikhlas dan tidak beremosi.
Hari ini, pemimpin Umno itu menegaskan lagi kesediaan untuk berbincang
dengan syarat ia dikendalikan secara "wajar, jujur dan membina."
"Tidak perlulah mempolitikkan isu ini, sebaliknya kita mencari jawaban dan
persetujuan bersama," katanya dalam jawaban sesi-soal jawab bersama
malaysiakini.