TERKINI DARI BILIK GERAKAN BN – BN AKAN TERSUNGKUR DI LUNAS

UMNO dan kuncu-kuncunya dalam BN merasa bahang kemarahan rakyat. Culaan-culaan yang dibuat jelas tidak memihak kepada mereka. Melayu tolak UMNO! Cina tolak MCA dan Gerakan. Hanya India yang masih setia kepada BN. Lapuran terakhir survey UMNO dan anjing-anjingnya dalam Cawangan Khas adalah seperti berikut:

  Penggundi Melayu    : 75% menolak UMNO
  Penggundi Cina        :  60% menolak MCA
  Penggundi India       :  Hampir 100% memihak kepada MIC
  Kedudukan sekarang    :  BA ~ 60% : BN ~ 40%

 (Undi simpati untuk BN hanya akan datang dari penggundi India)

Pucuk pimpinan Barisan Nasional membuat keputusan untuk tidak membuat sebarang ceramah umum di Lunas kerana mereka tahu ianya tidak akan mendapat sambutan! BN hanya akan berkempen rumah ke rumah. Setiap Bahagian UMNO diarahkan untuk menghantar 50 orang ahli untuk berkempen ke rumah-rumah. Mereka akan melakukan sebagaimana yang dilakukan di Sanggang. Penggundi Lunas akan dirasuah lagi. (Renungan: Mahathir menangis di sidang perwakilan UMNO – "….hentikan rasuah."). BN tahu strategi ini akan gagal dan mereka akan kecundang di Lunas!!!

Ahli-ahli UMNO Bahagian akan memboikot pilihanraya kecil ini. Jentera pilihanraa tempatan tidak bermaya! Mereka mahukan calun UMNO diketengahkan.

Keputusan memilih Saudara Saifudin Nasution mewakili BA amat tepat dan bijak. Ini amat menghampakan pimpinan UMNO. Saifudin mendapat sokongan padu dari semua golongan termasuk UMNO. Pemuda-pemuda UMNO tempatan berpihak kepada bekas Setiausaha Pemuda UMNO Malaysia. Syabas kepada mereka.

Jumlah tempat menggundi (19) memudahkan koordinasi sumber-sumber dan kempen BA.

Media-media arus perdana milik UMNO dan MCA ditugaskan untuk mempertingkatkan psyc war. Tiba-tiba beribu orang meninggalkan PAS dan KeADILan untuk masuk UMNO. Kita cabar UMNO untuk mengumumkan senarai ahli-ahli barunya. Logikkah ribuan orang tiba-tiba mengisytihar menjadi ahli baru UMNO ketika ahli-ahli UMNO tempatan tidak mahu memperbaharui keahlian mereka? Diberitakan di setiap cawangan UMNO di sana, jumlah orang yang memperbaharui keahlian UMNO hanyalah disekitar 30 orang setiap cawangan. Ini telah menyebabkan Setiausaha Bahagian dipecat!

Strategi BN untuk melagakan DAP, KeADILan dan PAS gagal! Ahli-ahli DAP Kedah datang memberikan sokongan padu. Pekan Lunas dipencilkan selama 43 tahun. Sekolah Wawasan dan Suqiu sedang membaham UMNO. Mahfuz dan Salahuddin sedang berjuang dari dalam penjara. Sidang DUN Kedah akan membakar UMNO. Semangat Anwar Ibrahim mengiringi pejuang-pejuang BA. Keganasan anjing-anjing polis di Lebuhraya Kesas menghantui Abdullah Badawi.

UMNO dan BN sedang menggelupur! UMNO pasti diganyang di Lunas. Jutawan Tamil Naidu, Sami a.k.a, "Sami Tol" Vellu akan dibenam di Lunas! Kita tengok samada Sami akan kembali ke KL atau tidak!

Strategi seterusnya:
 

Saya pasti dan yakin Saifudin Nasution akan memenangi piliharaya kecil ini dengan majoriti yang membanggakan. Insya Allah. Rakyat akan bertindak menentang kezaliman dan KKN.
Salam Reformasi dan Salam Perjuangan!!!

ALLAHU AKHBAR, ALLAHU AKHBAR, ALLAHU AKHBAR

zm@888.nu