KOMENTAR

Salam Reformasi
28-02-2001

DAP MARAH LAGI DAN LAGI DAN LAGI

Isu penghijrahan bekas ahli DAP ke keADILan merupakan isu sensasi yang dilagukan ketika ini oleh media arus perdana. Sekali lagi mereka memainkan isu pakatan BA mula rapuh. Sebelum ini beberapa isu sudah muncul yang menyebabkan DAP mengadakan mesyuarat samada mahu meneruskan pakatan dengan BA atau tidak.

Berkenaan dengan perpindahan ahli dari DAP ke keADILan sesuatu yang pasti dan jelas ialah  DAP marah.

Sebenarnya bagi Komentar keADILan juga patut bersuara bagi menyatakan pendirian mereka berkenaan isu ini. Memandangkan isu ini telah luas dibicarakan namun kenyataan keADILan perlu dari terus membiarkan DAP menghiasi muka utama media Perdana Menteri.

Apa sebenarnya berlaku ialah ketakutan. Ketakutan kehilangan ahli, ketakutan menyuarakan pendapat secara terbuka, ketakutan di label dengan tuduhan-tuduhan seperti sudah bersenkongkol dengan BN dan sebagainya. Selagi kita takut selagi itulah rakyat akan nampak kelemahan kita.

Sungguhpun BA memang ada pakatan tetapi isu penerimaan ahli kedalam parti adalah isu remeh dan isu ini timbul berlandaskan ketakutan. Dari pengamatan Komentar keADILan juga menghadapi masalah yang serupa. Ambil contoh beberapa reformis baru-baru ini, ahli keADILan berhijrah ke PAS dan PRM. Apakah dengan penghijrahan ini kita patut berbincang samada meneruskan pakatan BA ini?

KOMENTAR mengharapkan isu ini dapat diselesaikan dengan cara baik. keADILan harus memulakan langkah berani bersuara dan jangan takut melahirkan pendapat berhubungan dengan isu ini.

KOMENTAR