Assalamualaikum w.b.t.
Kepada semua pencinta kedamaian terutama kepada seluruh mahasiswa seluruh
Malaysia. Saya ingin menjemput kalian semua melawat laman web sebuah channel
MIRC iaitu Laman Web #Harakah DALnet.[ http://www.harakah.w3.to ] Untuk
pengetahuan seluruh mahasiswa sama ada yang berada di tanah air mahupun yang
berada di luar negara, saya juga adalah salah seorang mahasiswa yang masih
belajar di salah sebuah institusi pengajian tinggi di Malaysia.Saya rasa
terpanggil untuk bersama sama menyertai kalian semua dalam memperjuangkan
gerakan yang di dukung oleh saudara Anwar iaitu gerakan reformasi. Selama
ini saya hanya menerima banyak email daripada kalian semua mengenai
informasi dan berita berita terkini tentang program program yang di anjurkan
oleh mahasiswa mahasiswa yang berani menentang kemungkaran dan kezaliman
Mahafiraun. Saya rasa cara menyampaikan berita melalui internet terutamanya
melalui laman web dan email sangat berkesan, mudah dan pantas. Oleh yang
demikian saya ingin menyertai kalian untuk bersama sama menentang kezaliman
Mahafiraun dan kuncu kuncunya dengan cara internet. Seperti yang sedia
maklum para remaja zaman ini gemar berbual melalui internet menerusi chat
room chat room yang sedia ada di internet terutamanya MIRC yang sudah
terkenal di seluruh dunia. Saya ingin menjemput seluruh mahasiswa yang gemar
'berchatting' untuk bersama sama berbincang dan bermuzakarah secara live di
dalam channel saya iaitu channel #harakah yang boleh kalian masuk di server
DALnet. Kita juga boleh berdebat dengan musuh musuh kita secara live di
dalam chat room ini. Saya rasa dengan kemudahan yang ada ini [internet] kita
boleh pastikan Barisan Alternatif berjaya menumbangkan Barisan Nonsense
menjelang 2004 nanti dan saudara Anwar Ibrahim iaitu pejuang kita akan di
bebaskan lebih awal. Saya menyeru kepada seluruh mahasiswa supaya berpadu
untuk menentang kezaliman Barisam Nonsense ini dengan apa cara sekalipun.
Saya menyokong penuh slogan yang di gunakan oleh webmaster laman
wanted81.tripod.com [Gabungan Mahasiswa Wangsa Maju] yang berbunyi, "PELAJAR
BERSATU TAK DAPAT DI KALAHKAN". Jangan takut kepada ugutan pemimpin pemimpin
Barisan Nonsense ini yang selalu menakut nakutkan mahasiswa dengan akta yang
ada. Saya percaya suatu hari nanti kita sebagai mahasiswa mampu untuk
menewaskan BN menjelang 2004 nanti. Berusaha lah daripada sekarang. Sekian
wassalam.
 
"MAHASISWA BERJUANG PASTIKAN BN TUMBANG"
 
Alamat laman web kami,
[ http://www.harakah.w3.to ]
 
Untuk berita dan komen sila hantar ke email,
[ harakahdalnet@yahoo.com ]
 
Dari,
Founder #harakah DALnet,
ze^e|ias [ jas81@tm.net.my ]
 
&
 
Webmaster laman web #harakah DALnet,
loyo [ loyo81@hotmail.com ]