KOMENTAR

 

24.06.00

SALAM REFORMASI

 

BAYANGAN DATUK NAZRI TAN SRI AZIZ SUDAH DI KEMENTERIAN KEWANGAN

 

Perang MAHATHIR-DAIM semakin kritikal. Mahathir dan kroninya sudah mula memikirkan langkah apa yang perlu diambil untuk menangani masalah DAIM ZAINUDDIN. Tindakan perlu diambil segera. Angin kuat bertiup membawa kabaran bahawa Kementerian Kewangan akan mendapat Menteri baru. Antara Datuk Nazri atau Rafidah dibungakan untuk menerajui Kementerian Kewangan. Sungguhpun begitu Datuk Nazri telah diarah untuk menembusi Kementerian Kewangan sebagai “watch dog” untuk Mahathir dan kroninya. Diberitakan bahawa Datuk Nazri sudah memulakan langkah memasuki Kementerian Kewangan sungguhpun belum ada lantikan.  Bahang politik kotor Mahathir sudah dirasai oleh Daim Zainuddin. Daim perlu segera melepaskan jawatannya kalau mahu dirinya terselamat dari caturan hina Dr Mahathir. Inilah dia politik UMNO. Rasakan DAIM.