From: 

"Parti Sosialis Malaysia PSM" <parti_sosialis@hotmail.com>

Subject: 

MAJIKAN DICUBIT..SAMY VELLU RASA SAKIT !

Date: 

Fri, 29 Sep 2000 01:38:13 MYT

MAJIKAN DICUBIT…SAMY VELLU RASA SAKIT !

Ladang Kamiri, Sungai Siput (23 & 24 hb. September 2000)

Sedang Samy Vellu, giat cuba menghapuskan budaya samseng di kalangan pemuda
India, pekerja Ladang kamiri pula membuat aduan polis terhadap
samseng-samseng   yang dipercayai orang Samy Vellu kerana mereka mengoyakkan
dan memusnahkan papantanda-papantanda yang dipacak oleh penduduk Ladang
tersebut.

Pada bulan Disember 1999, sebaik sejurus pilihanraya umum, para penduduk di
Ladang Kamiri telah diberi notis kerana majikan ladang hendak menukar
tanaman dari getah ke kelapasawit. Ini telah menyebabkan ramai penduduk
hilang pekerjaan dan tempat tinggal.

Lebih separuh daripada penduduk tersebut enggan keluar dan membuat beberapa
tuntutan kepada pihak majikan. Namun demikian, pihak majikan iaitu Guthrie
mula membalas dendam terhadap pekerja yang enggan keluar. Pihak majikan
terus memberhentikan perkhidmatan membersihkan parit dan enggan memotong
rumput. Ini telah menyebabkan penduduk membuat malas dan mereka pun membuat
lebihkurang 18 aduan polis terhadap pihak majikan. Selain daripada itu, para
penduduk juga memancak lebihkurang 50 papantanda mengutuk tindakan majikan.

Tetapi yang melucukan ialah majikan dicubit tetapi Samy Vellu yang rasa
sakit. Pada 24hb. September 2000, Samy Vellu bercadang melawat Ladang
Kamiri. Sehari sebelum lawatan beliau, semua poster-poster dan papantanda
telah diturunkan dan dimusnahkan oleh samseng dipercayai ada kaitan dengan
Samy Vellu. Para penduduk amat marah, dan pada pagi 24hb. September, mereka
telah menaikkan sekali lagi papan-papantanda. Namun demikian, satu jam
sebelum ketibaan Samy Vellu ke ladang tersebut, papan-papan tersebut
dimusnahkan oleh samseng suruhan Samy Vellu.

Yang anih ialah poster-poster itu ada disana untuk lebih sebulan dan
ditujukan keatas majikan tetapi nampaknya Samy Vellu lebih marah daripada
majikan. Dalam ucapan beliau diladang tersebut yang telah diboikot oleh
kebanyakkan orang, beliau telah memberitahu para pekerja bahawa di rumahnya
sendiri, dia yang kutip sampah dan menyindir mereka-mereka yang memancak
papantanda. Pengurus ladang juga hadir dalam upacara ringkas tersebut.

Para penduduk telah membuat satu aduan polis pada hari itu dan mengatakan
para orang MIC dan samseng mereka telah memusnahkan harta-benda, menimbulkan
huruhara di kalangan penduduk dan menganggu ketenteram dan menjejaskan
keharmonian penghuni Ladang Kamiri.

Namun demikian, lawatan tersebut telah menimbulkan dua persoalan:
1) Siapa kawan Samy vellu ? Majikan atau pekerja
2) Bolehkah Samy Vellu menyelesaikan masalah samseng ?