Appointment of New Chief Justice

I wish to congratulate Tan Sri Mohd Dzaiddin Abdullah for his appointment as the new Chief Justice. Incidentally, I have known him since the early sixties, when he served as Inspector in the Malaysian police force (for some time in the Special Branch, if I am not mistaken), before he took up law. I remember him as a friendly and likeable person.

I do not hold anything against Dzaiddin for whatever role he played in the past. For the present, I sympathise with him because he is assuming a very important office at the time when the image, reputation and credibility of the Judiciary are perhaps at the lowest ebb. He will have a tough job trying to restore them.

For a start, Dzaiddin’s appointment provides some hope. In all sincerity I believe that he will be able to improve the credibility of the CJ’s office by proving to be an incorruptible, independent and just Chief Justice, who cannot be wavered by any undue pressure from the political masters.

To restore the image and reputation of the judiciary, Dzaiddin needs to go beyond himself. I am afraid he will be faced with the serious challenge of trying to overhaul part of the judiciary that has already been “worm eaten”. This is a noble task that he can set out to do. This will be his true test. I pray the best for him.


-----------------------------------------------------------------

Perlantikan Ketua Hakim Baru

Saya ingin mengucapkan tahniah kepada Tan Sri Mohd Dzaiddin Abdullah atas lantikannya sebagai Ketua Hakim yang baru. Secara kebetulan saya mengenalinya sejak awal enam puluhan, manakala beliau berkhidmat sebagai seorang Inspektor dalam pasukan polis Malaysia (buat seketika dalam Cawangan Khas, jikalau tidak silap), sebelum beliau mempelajari undang-undang. Saya mengingati beliau sebagai seorang yang ramah serta disenangi.

Saya tidak menyalahkan Dzaiddin kerana apa saja peranan yang dimainkannya pada masa lampau. Buat sekarang, saya bersimpati terhadapnya kerana beliau mengambil jawatan penting ini pada ketika imej, nama baik dan kredibiliti kehakiman adalah pada taraf yang meleset sekali. Beliau menghadapi masalah sangat besar untuk memulihkannya.

Sebagai permulaan, lantikan Dzaiddin memberikan suatu harapan. Dengan ikhlas saya percaya bahawa beliau boleh memulihkan kepercayaan umum kepada jawatan yang disandangnya, apabila dapat membuktikan diri sebagai seorang Ketua Hakim yang tidak korup, bebas dan adil, dan tidak boleh dipengaruhi oleh sebarang tekanan oleh pihak berkuasa.

Untuk memulihkan imej dan nama baik kehakiman, Dzaiddin perlu melampaui diri sendiri. Saya bimbang beliau akan terpaksa menghadapi cabaran sangat berat untuk cuba merombak sebahagian daripada susunan kehakiman yang sudah “dimakan ulat”. Ini merupakan satu tugas mulia yang harus diambilnya. Saya doakan beliau berjaya.


Dr Syed Husin Ali
Presiden PRM

7hb Disember 2000