KOMENTAR

27.11.00

 

MAHATHIR KINI MENGATAKAN CINA "KURANG AJAR DAN TIDAK TAHU BERTERIMA KASIH"

 

Mahathir di Kubang Pasu kini menyelar kaum Cina sebagai golongan kurang ajar dan tidak tahu berterima kasih. Beliau berkata sesetengan mereka ini hampir muflis semasa kegawatan ekonomi dan kini menyatakan sokongan kepada pembangkang.

 

Modal BN " mengatakan kita tidak tahu berterima kasih " dan secara kasarnya kurang ajar merupakan satu modal yang basi dan tidak boleh di terima pakai. Sekarang golongan mana yang sebenarnya elok di pandang Mahathir? Mahathir menyelar Melayu yang tida menyokongnya sebagai tidak tahu kenang jasa, Cina yang tidak menyokong mereka sebagai kurang ajar dan India sebagai mereka yang patut berhutang budi pada Datuk Samy Vellu. Mahathir menyatakan seolah-olah dirinya yang memberi segala kemewahan kepada rakyat dan segala kecelakaan datang dari serangan mata wang. Bila ekonomi meleset hanya penjangak mata wang di salahkan sedangkan wang yang di hilangkan oleh kroni beliau di senyapkan sahaja. Kini bila ura-ura ekonomi akan meleset sekali lagi maka isu pengkhianatan di gunakan. Sebenarnya Mahathir sendiri adalah punca segala kegusaran baik ekonomi mahupun politik.

 

KOMENTAR