SEMUA PINTU MASUK KUALA LUMPUR DIPERIKSA

Komentar 15/4/2000

 

Semua pintu masuk ke Kuala Lumpur Wilayah Persekutuan diperiksa. Polis telah bertindak untuk memeriksa semua kenderaan terutama Bas Persiaran dan Express bagi meningkatkan usaha menghalang perhimpunan aman di Masjid Negara Kuala Lumpur. Setakat ini Kuala Lumpur diletakkan dibawah arahan berjaga-jaga dan sekitar Kuala Lumpur dipenuhi dengan PGA,FRU dan unit-unit bantuan polis. Keadaan nampak tegang BUKAN disebabkan cadangan perhimpunan tetapi disebabkan kehadiran begitu ramai polis. Sekatan jalanraya dibuat merata-rata dari semalam sehingga ke hari ini.

 

Komentar