KOMENTAR

Komentar 1

17.05.2000

 

“It was said thai if keADILan is not allowed to fight the seat, keADILan might withdraw from the BA coalition,” the source said.

Chandra Muzaffar

 

Petikan dari Laman MALAYSIA KINI

 

Bukan Komentar yang menulis komen tersebut, ini dipetik dari Laman MALAYSIA KINI. Andai ini keluar dari Laman Komentar maka harus email kami dipenuhi dengan tuduhan “UMNO PLANTED”.

 

Saudara Pelayar Web Komentar,

 

Berapa kali telah Komentar layarkan artikel ketidakpuasan terhadap beberapa kepimpinan keADILan. Terlampau banyak lagi berita-berita ini yang belum tersiar dengan harapan ianya tidak akan tersiar sekiranya arus memperkukuhkan parti datang dan menyelamatkan parti ini agar langkah menuju pilihanraya lebih utuh dan perkasa.

 

Chandra Muzaffar kini dilapurkan telah memberi kata dua kepada DAP dan telah sampai ketahap mengugut akan keluar dari Barisan Alternatif sekiranya keADILan tidak dibenarkan bertanding di Teluk Kemang.

 

Ugutan seperti ini tidak diperlukan dalam kita sedang membentuk satu pakatan kuat demi menumbangkan kerajaan korup Barisan Nasional. Adakah ugutan ini satu kemestian ?. Chandra sanggup mengugut DAP tetapi dalam keadaan rakyat hadir di reformasi jalanan suara ugutan Chandra kepada kerajaan memerintah tidak sehebat ugutannya terhadap DAP.  

 

Apakah ini semangat Barisan Alternatif yang didukung Chandra ?. Dilapurkan oleh Malaysia Kini bahawa keputusan parti mana yang akan bertanding akan diumumkan pada hari Ahad ini 21.05.2000.

 

Fikirkanlah, sedang kita sebok mencari calon mana yang akan bertanding tugu sedang dipersiapkan oleh musuh kita MIC dalam usaha untuk mengekalkan dominasi mereka disana.

 

Komentar tidak yakin seperti yang dimaklumkan oleh MALAYSIAKINI bahawa dari apa yang diberitakan, Chandra telah dimarahi oleh sesetengah ahli atas alasan Chandra tidak menekankan dengan lebih kuat  untuk calon keADILan mendapat lebih kerusi dalam pilihanraya lepas. Setahu Komentar percaturan Chandra dalam memilih dan meletakkan tempat bertanding adalah punca besar kegagalan Reformasi menawan Wilayah Persekutuan.

 

Sdr Pelayar Web, fikirkanlah, renungkanlah, mana arah parti keADILan ini nanti.

 

Komentar