CERAMAH UMUM


oleh:

Haji Muhamad Sabu
Raja Kamaruddin Komando
Sdr Saifuddin Nasution

pada: Jumaat  20hb Oktober 2000 jam 8.30 malam
di Markas PAS Kuak Luar,  Pengkalan Hulu (Keroh), PERAK
Semua dijumput hadir, terutama rakyat di sekitar Kroh, Baling,

Grik dan Lenggong.  

 

Jangan lepas kan peluang mendengar sendiri isu-isu semasa
julung-julung kali dari gandingan tiga tokoh ini.

Kekawan di Perak Utara,  Kedah, Penang kalau berkesempatan mari kita
ramai-ramai ke CERAMAH seperti di atas dan mendapatkan maklumat langsung dari tiga tokoh mengenai isu-isu semasa.

Ramai-ramai kita ke Kampung Kuak Luar, Keroh.  Kita beri semangat kepada orang KEROH untuk bersama Barisan Alternatif dan pastikan mereka memangkah Barisan Alternatif di PilihanRaya akan datang.

Tak susah dekat benar dengan pekan Keroh, kalau dari Baling sebelum sampai pekan Keroh, Kalau dari Grik atau Kelantan selepas pekan Keroh.

Yang Mudah lagi bila sampai pekan Keroh, tanya saja kat gerai-gerai makan
dekat Bus Stand disitu, hampir semua mereka pengusaha gerai di situ tahu di
mana Markas PAS, Kuak Luar.

Kebetulan, InsyaAllah, saya dan keluarga juga bercadang akan ke kawasan
sebelah tu pada tarikh berkenaan, dan pastinya tidak akan melepaskan
peluang ini.
Jumpa kita di sana, di sana !

Takbir !
RRE FORR MA SI : Lawan terus lawan.