KOMENTAR

Salam Reformasi
09-02-2001

VCD FITNAH DIEDARKAN OLEH UMNO SEMALAM DI KUALA LUMPUR

Tindakan tidak bermoral ahli UMNO dengan restu kepimpinan UMNO sekali lagi bertindak mengedarkan VCD percuma semalam. Kuala Lumpur sekali lagi dihujani dengan VCD yang lebih kepada memfitnah Sdr Anwar Ibrahim. Tindakan mereka bukan menghasilkan perkara positif buat UMNO malah membuat kita lebih marah dan berasa mual dengan golongan ahli UMNO yang mahu bertindak heroic dalam isu Anwar Ibrahim.

Kita dari golongan reformasi sepatutnya bertindak mengenai isu pengedaran VCD fitnah UMNO. Komentar mencadangkan agar kita bertindak untuk menangkap pengedar VCD tersebut. Semua mereka yang nampak dan berdepan dengan mereka yang terlibat mengedar VCD harus menangkap dan melapurkan perkara ini ke POLIS.

Sehubangan dengan itu kredibiliti POLIS terus terjejas dengan adengan pengakuan Sukma yang jelas dilakukan atau di benarkan pengedarannya oleh POLIS.

Komentar mencadangkan kali ini kita jangan lagi memberi peluang kepada sesiapa yang bertindak mengedar VCD fitnah tersebut. Kita akan meneliti dan terus menangkap mereka kalau perkara seburuk ini berulang lagi.

 

Komentar