KOMENTAR

GERAKAN REFORMASI RAKYAT

16.06.2000

Salam Reformasi

 

PENCANTUMAN PRM-keADILan

 

Usul yang dibawa oleh Ahli MPT, Sdr Saifuddin Nasution bagi mencantumkan PRM-keADILan  adalah satu usul yang boleh membawa feadah kepada perjuangan ini. Sdr Saifuddin telah menjelaskan bahawa pencatuman itu perlu bagi menguatkan perjuangan ini diperingkat “akar umbi”. Penjelasan yang dibawah sepatutnya diterima sebulat suara oleh ahli delegasi atas nama perpaduan dan bukan atas alasan siapa yang akan berkuasa dan berjawatan. Kenapa pencantuman itu perlu adalah untuk mengadakan perpaduan yang lebih utuh bagi dari segi kerjasama antara pendokong malah diperingkat kepimpinan juga membawa injeksi mereka yang telah teruji perjuangannya. Komentar yakin tidak ada perkataan yang patut disimpulkan dalam pencatuman ini melainkan PERPADUAN. Dengan perpaduan ini musuh kita akan kelihatan lebih kecil dari sebelumnya. Ini adalah kerana secara relatif kita sudah membesar dan pengalaman kepimpinan PRM akan banyak membantu keADILan dalam melalui liku perjuangan yang begini hebat.

 

Komentar sedar bahawa delegasi telah menyerahkan kepada kebijaksanaan kepimpinan tertinggi bagi menentukan pencantuman tersebut. Komentar syorkan bahawa MPT keADILan menerima secara dasarnya terlebih dahulu pencantuman tersebut.

 

Apapun Komentar mengucapkan tahniah kepada Sdr Saifuddin kerna menyegerakan usul tersebut. Apa yang jelas ialah Sdr Saifudin kemungkinan orang yang kuat menyokong pencantuman tersebut selain dari Anwar Ibrahim. Ingat Sdr Anwar Ibrahim telah merestui pencantuman tersebut.

 

Komentar