KOMENTAR

GERAKAN REFORMASI RAKYAT

16.06.2000

Salam Reformasi

 

CHANDRA MUZAFFAR DAN ANUAR TAHIR SETUJU DAN AKUR KEPADA PENCANTUMAN PRM DAN keADILan

 

Komentar dimaklumkan bahawa pada mesyuarat MPT yang telah diadakan baru-baru ini, satu perbincangan telah diadakan sama ada MPT keADILan harus menerima percantuman PRM dengan keADILan atau sebaliknya. Beberapa MPT telah memberi hujah-hujah berkenaan keperluan pencantuman tersebut agar kedudukan kita lebih mantap dan sokongan di pihak “akar umbi” dapat dipertingkatkan. Terdapat juga beberapa bantahan dalam pencantuman tersebut. Mesyuarat juga dimaklumkan bahawa Bapa Reformasi Sdr Anwar Ibrahim telah memberi restu agar pencantuman tersebut dapat dilaksanakan.

Mesyuarat itu juga menyaksikan bahawa Chandra Muzaffar pada dasarnya telah menyetujui pencantuman PRM dengan keADILan. Lapuran itu juga menyebut bahawa Annuar Tahir tidak membantah soal pencantuman tersebut.

Komentar sebaliknya tidak mahu memberi sebarang komen kerana Mesyuarat Agung kali 2 akan diadakan pada 16hb Jun 2000 ini. Komentar akan memerhati secara terperinci akan perjalanan Mesyuarat tersebut disamping menunggu keputusan resmi pencantuman tersebut.

 

KOMENTAR