KOMENTAR

GERAKAN REFORMASI RAKYAT

14.06.2000

Salam Reformasi

 

Perhimpunan Agung Keadilan akan dilaksanakan tidak berapa lagi. PRM telah melaksanakannya dan telah menerima sebulat suara usul pencatuman antara PRM dan keADILan. Apakah keADILan akan menolak cadangan pencatuman antara PRM dan keADILan sungguhpun melalui MALAYSIA KINI , Sdr Anwar Ibrahim telah menyarankan agar percatuman. Sdr Anwar Ibrahim telah dilapurkan oleh Malaysia Kini sebagai menyokong 100% pencatuman antara PRM dan keADILan. Dalam Kongrss Kebangsaan PRM usul penggabungan telah diluluskan. Walaubagaimanapun kini terpulang pada keADILan samada mahu percatuman yang telah mendapat restu Sdr Anwar Ibrahim dilaksanakan . Komentar menyokong pencatuman agar kita lebih fokus dalam perjuangan. Disamping itu PRM mempunyai kepimpinan yang telah teruji semangat juang  mereka.

 

Komentar menggesa agar penggabungan tersebut diterima dan dilaksanakan segera. Sebarang penolakkan jelas akan menjejas keharmonian parti. Komentar percaya bahawa pengabungan ini dapat menyatukan sokongan diperingkat “akar umbi” disamping memantapkan barisan kepimpinan keADILan. Sungguhpun begitu Komentar agak risau sekiranya pekara ini dibawa ke Mesyuarat Agung keADILan (1) kerana komposisi mesyuarat itu sudah ditentukan oleh mereka yang tidak begitu menyokong pencatuman dan berkemungkinan akan menggesa mereka menolak pencatuman. Sungguhpun begitu Komentar berharap agar komposisi yang akan hadir dalam mesyuarat itu bertindak bijak dan mengelakkan dari terpengaruh dengan segelintir mereka yang takut jawatan mereka tergugat.  

 

 Web Master