SATU CADANGAN YANG BAIK DARI PENGIRIM DI LAMAN FORUM KOMENTAR

 

 

Assalamu'alaikum wr.wbt

"Ibnu abas ra. berkata: Rasulullah saw. telah puasa hari Asyura dan menyuruh
supaya orang2 puasa" (Bukhari, Muslim)

Abu Qatadah ra berkata: Rasulullah saw ditanya tentang puasa Asyura,
Jawabnya: Menebus dosa tahun yang lalu" (Muslim)

"Ibn Abas ra. berkata: Rasulullah saw bersabda: Kalau saya lanjut umur
sampai tahun yang akan datang niscaya saya akan puasa tasu'a (tanggal
sembilan Muharram) (Muslim)

Ingin nak ingatkan agar kita sama-sama menghidupkan sunnah Nabi s.a.w

Apa macam kalau kita puasa sunat 10 Muharram (Bukhari & Muslim), iaitu Sabtu ini bersamaan 15
April 2000

atau puasa sunat 9 Muharram (Al-Baihaqi), iaitu Jumaat ini bersamaan 14 April
2000 atau

Alang-alang nak puasa Jumaat dan Sabtu, teruskan saja bermula hari Khamis
(13 April 2000) sebagai menyemarakkan puasa sunat Isnin dan Khamis setiap
minggu.

Semoga semua penggerak reformasi agar meningkatkan iltizam untuk
berusaha menyemarakkan sunnah berpuasa sunat dengan seboleh-boleh daya dan
upaya berpuasa setiap Isnin dan Khamis sehingga ke akhir hayat kita semua. Insya Allah.

Sekian, disampaikan pesanan.

Ikhlas.