Salam Reformasi
12-03-2001

INSIDEN KAMPUNG MEDAN APAKAH INI SIGNAL KECACATAN DALAM PROGRAM INTERGRASI KAUM?

Beberapa hari lalu kita digemparkan dengan insiden rusuhan antara dua puak dari dua kaum yang berbeza. Pemuda Melayu dan India diberitakan telah berkelahi dan perkelahian ini telah meragut beberapa nyawa dan mencederakan beberapa orang. Kerajaan dengan pantas mengatakan bahawa ini bukan rusuhan antara Melayu dan India. Ini hanyalah perkelahian antara dua kumpulan. Walau bagaimana pun perkara ini harus diberi perhatian wajar oleh pihak kerajaan kerana perkelahian antara dua puak dari 2 kaum boleh membawa kepada persengketaan perkauman andai ianya dibiarkan berlanjutan. Setakat ini gambaran dari media-media tempatan amat kabur sekali. Perkelahaian antara 2 puak dari 2 kaum ini hanya dilapurkan secara ringkas dengan mengambil pandangan yang terlampau positif sehinggakan rakyat tertanya-tanya apa yang sebenarnya berlaku. Komentar nampak berita-berita media tempatan seolah-olah mahu menyorokkan sesuatu dengan mempaparkan gambar-gambar yang sama yakni "khemah kenduri kahwin" yang diadakan dikawasan itu.

Bagi Komentar lagi ditutup berita sebenar,makin banyaklah kabar angin yang bakal di dengari. Apabila kebenaran dan fakta di tutup dan disembunyikan maka rakyat akan bergantung hanya kepada kabar angin semata-mata. Jesteru itu berita sebenar mengenai insiden ini harus diberitahu kepada semua rakyat. Adalah perlu juga mereka yang terlibat disedarkan akan kerugian seandainya kita mengabaikan isu perpaduan nasional.

Kekadang Komentar hairan dengan kenyataan berbelit Datuk Seri Abdullah Badawi, katanya "keadaan sedah reda dan kami telah menambah berlibatkali ganda polis dan semua jentera keselamatan bagi menjaga kawasan tersebut". Reda tetapi polis dilipat gandakan. Ini cerita apa. Janganlah kelentong sampai macam itu.

Komentar baru sahaja kembali dari melihat kawasan tegang tadi. Komentar agak terkejut dengan kehadiran begitu ramai polis dan melihat masyarakat tempatan disana masih berjaga-jaga seandainya ada kemungkinan perbalahan berlaku lagi. Ini bukan menunjukkan keadaan sudah pulih, ini hanya menunjukkan keadaan masih lagi agak tegang.

Walau apa pun nasihat ikhlas dari Komentar :- agar kedua-dua kumpulan dan puak ini segera berdamai dan hentikan persengketaan. Berapa banyak lagi nyawa harus terkorban sebelum  kedua-dua puak dari 2 kumpulan sedar betapa ruginya persengketaan ini.

Kerajaan harus mula berbincang mengenai perpaduan nasional.

Komentar