KOMENTAR

GERAKAN REFORMASI RAKYAT

09.06.2000

KENYATAAN KERAS BENTARA RADIKAL MENGENAI PENCABULAN LAMAN WEB MAHAZALIM

 

Rakyat Malaysia,

 

Perkataan LIWAT sudah jelas menjadi satu perkataan popular yang telah diperkenalkan oleh penulis buku 50 dalil dan penyebar surat fitnah Ummi Halfida. Hari ini kita menyaksikan mereka yang cemburu dengan tuntutan reformasi mencabul laman reformasi dengan meletakkan gambar yang paling jijik untuk tontonan semua. Bukan sahaja perkataan tetapi kini mempamerkan gambar yang paling jijik yang dilaksanakan oleh pendokong UMNO. Ini adalah satu budaya lucah yang kini mungkin menjadi turutan pengikut UMNO hasil dari perbuatan kepimpinan tertinggi mereka. Komentar menjerit kemarahan dan mahu menghujahkan kata-kata lucah tetapi INI BUKAN BUDAYA KAMI. KAMI BUKAN PENYEBAR FITNAH, KAMI TIDAK SEKALI-KALI MENGGUNAKAN BUDAYA LUCAH DALAM MERAIH SOKONGAN.

 

Komentar MENGUTUK SEKERAS-KERASNYA pencabulan keatas laman web refomasi dan ini menyimpang dari laungan mereka tentang kebebasan dalam internet. Corak dan perangai begini hanya menunjukkan betapa tidak matangnya pendokong UMNO dalam menangani sesuatu isu dan yang lebih lagi mempamerkan gambar yang PALING MENJIJIKKAN. Komentar benar-benar sedih dengan perlakuan mereka yang tanpa maruah mempamerkan gambar lucah untuk ditontoni hampir 80,000 pengunjung sehari. Bagi pihak Laman Reformasi, Komentar sedar bahawa Laman mereka telah menjadi sasaran semenjak dahulu lagi. Komentar percaya perbuatan buruk mereka memakan diri mereka sendiri.

 

SEKALI LAGI KOMENTAR MENGUTUK KERAS PERBUATAN MEREKA. Mereka boleh mencabuli mana-mana Laman yang mereka suka termasuk laman ini TETAPI JANGAN JADIKAN BUDAYA LUCAH SEBAGAI PEGANGAN MEREKA.

 

Komentar