KOMENTAR

 

Salam Reformasi

26.10.2000

 

SAYA CABAR BANK NEGARA UNTUK MENYANGGAH KENYATAAN SAYA..Ezam Mohd Nor

 

 

Banyak sekali ole-ole yang di bawa oleh Sdr Ezam Mohd Nor Ketua Pemuda keADILan Nasional sekembalinya dari New York dan London. Antara yang di cabarnya adalah perihal pengeluaran wang berjumlah 10 billion oleh Mahathir dan kuncunya yang tidak sampai 10 orang. Di maklumkan bahawa Mahathir dan kuncunya telah membawa keluar wang berjumlah 10 billion untuk di selamatkan bagi kegunaan mereka kelak. Ezam mencabar Bank Negara Malaysia untuk menyanggah kenyataan tersebut. Maklumat serta beberapa dokumen penting telah di perolehi oleh Ezam Mohd Nor hasil pemergiannya ke New York atas jemputan Amerika bagi menghadiri Asia Pasific Young Leader Conference.  Ini adalah satu penghargaan bagi Barisan Alternatif yang buat pertama kali di jemput untuk menghadiri persidangan tersebut. Sebelum ini persidangan tersebut dihadiri oleh wakil UMNO sahaja. Ini jelas menunjukkan bahawa Amerika yakin dengan kebolehan Ketua Pemuda keADILan Nasional.

 

Ezam Mohd Nor terus menyeru agar rakyat bangkit menentang kemungkaran yang di lakukan oleh Mahathir dan kuncu-kuncunya. 10 billion yang dibawa lari oleh Mahathir dan kuncu-kuncunya adalah satu perbuatan yang sebanrnya boleh kita kategorikan sebagai penderhaka kepada negara. Bayangkan mereka mempunyai wang sejumlah itu. Dari mana mereka perolehi wang sebanyak itu ? Bukankah Mahathir pernah mengatakan bahawa beliau “under paid”

 

Mereka sudah memunggah harta rakyat. Ini perlu di tentang. Rakyat harus bangkit dan memulakan seri penentangan sehingga tuntutan REFORMASI berjaya.

 

Hadir untuk Perhimpunan 100,000 di Jalan Kebun Kelang. Tunjukkan bahawa SUARA RAKYAT SUARA KERAMAT.

 

Komentar