KOMENTAR

 

27.07.2000

 

SALAM REFORMASI

 

SALAM BUAT RAIS YATIM

 

Kelantangan beliau membidas pendokong Anwar Ibrahim serta memanipulasikan sistem undang-undang dengan cara memberi penerangan yang nyata berat sebelah telah mendapatkan beliau tempat dalam kabinet jemaah Menteri. Rais Yatim dalam satu kenyataan akhbarnya ada menyebut “jangan cabar kewibawaan kami” berhubung dengan kes Sauk. Sesuatu yang perlu dijeritkan dilubang telingan Rais Yatim pula adalah:

 

JANGAN CABAR KESABARAN RAKYAT

 

Moga-moga beliau dapat mendengar atau membaca kenyataan kami para reformis tanahair ini.

 

Rakyat selama ini cukup banyak bersabar dengan perbuatan Mahathir. Harus diingat kesabaran sesaorang juga ada batasnya. Perbuatan kezaliman yang terus dilakukan akhirnya akan merosakkan kestabilan politik kita. Tanya pada diri kita”siapa sebenarnya yang menghancurkan kestabilan politik kita”

 

Rais Yatim perlu ingat bahawa beliau juga adalah antara orang yang mengutuk Dr Mahathir pada perhimpunan agung terdahulu.

 

Apa pun ingat “JANGAB CABAR KESABARAN KAMI”