KOMENTAR

 

18.10.2000

Salam Reformasi

 

SISTEM DEMOKRASI MAHATHIR

“Buy People Force People”

 

Sdr Mustafa Kamil Ayub Timbalan Ketua Pemuda keADILan Malaysia memetik kenyataan kawannya dari DAP yang mengatakan DEMOKRASI yang selalu kita dengar adalah “Dari Rakyat kepada Rakyat”.  Sungguhpun begitu demokrasi Regim Mahathir adalah BUY PEOPLE , FORCE PEOPLE. BN khususnya UMNO cuma membeli minda kita supaya agenda kita  terbantut. Inilah yang perlu diperjuangkan oleh kita agar minda kita bebas dari terus dijajah oleh mereka yang nyata sudah buta kepada segala kezaliman pemerintahan UMNO.

 

Ucapan ini adalah pada satu PROGRAM MENGEMBALIKAN HAK RAKYAT yang di adakah pada 18.10.2000 peringkat Negeri Selangor.

 

Pada ucapan itu jugalah Sdr Mustafa Kamil Ayuh memdedahkan bahawa UMNO suduh kehilangan ramai ahlinya. Menurut beliau 2.8 juta borang keahlian dihantar kepada ahli UMNO dan kepada bekas ahli dengan harapan borong dikembalikan bagi mengemaskinikan keahlian. Malang hanya beberapa peratus kecil yang masih wujud dengan UMNO.  Ini cukup kuat untuk kita mengatakan UMNO terdesak.

 

KOMENTAR