KOMENTAR

 

11.10.2000

Salam Reformasi

 

 

PENDEDAHAN SIAPA MEMBURUKKAN PERDANA MENTERI MALAYSIA DI LUAR NEGERI

 

Baru-baru ini media arus Perdana Menteri sibuk menyiarkan berita bahawa ada usaha-usaha untuk memburukkan Perdana Menteri di luar negeri.

 

Datuk Syed Hamid Albar dengan tegas mengatakan bahawa mereka ini adalah musuh yang perlu di ambil tindakan. Perbuatan mereka di katakan sebagai tindakan jahat yang dan ini berkaitan dengan gerakan pihak pembangkang.

 

Perdana Menteri Malaysia telah dikatakan sebagai diktator. Perdana Menteri Malaysia telah dikatakan sebagai seorang Perdana Menteri yang kejam yang telah mencacatkan sistem demokrasi. Perdana Menteri Malaysia telah dikatakan bertindak kejam dan menzalimi Sdr Anwar Ibrahim. Tindakan Perdana Menteri telah di beritakan bertentangan dengan hak asasi manusia. Media Malaysia telah di kongkong dan rakyat Malaysia yang menuntut hak bersuara di ugut dengan akta-akta kejam seperti ISA dan OSA.

 

Siapa yang sebenarnya memburuk-burukkan Perdana Menteri Malaysia tersebut. Jelas yang memburukkan Perdana Menteri Malaysia adalah Dr Mahathir Mohamed. Beliau dan perbuatan beliaulah yang menyebabkan Perdana Menteri Malaysia di hina sebegitu sekali. Beliau dan perbuatan beliau sebenarnya menghina diri beliau sendiri. Tidak perlu ada usaha dari mana-mana pihak untuk memburukkan Perdana Menteri Malaysia kerana perbuatan zalim Mahathir sudah cukup untuk memburukkan diri beliau sendiri. Sikap buruk beliau tidak dapat di sorokkan lagi. Sistem demokrasi dan perundangan Malaysia tercemar atas perbuatan beliau.

 

Beliaulah yang memburukkan diri beliau sendiri sebagai Perdana Menteri. Mungkin ini boleh sedikit sebanyak membantu Syed Hamid dalam persoalan siapa memburukkan Perdana Menteri Malaysia di luar negara.

 

KOMENTAR