Salam Reformasi,
Setelah lima kali Diktator
Zalim Mahathir membuat percubaan membunuh DSAI iaitu :
1. Brek kereta tidak
berfungsi ketika Mesyuarat Kabinet di Langkawi
2. Helikopter Nuri yang terhempas
3. Tragedi Jet Tan Sri Yahaya Ahmad
4. Tragedi 20 September : Serbuan Polis ala Memali
5. Tragedi 20 September : Pukulan maut dari Rahim Noor
6. Keracunan Arsenik...
dan yang ketujuh sedang
berjalan.....................
Kini, puak-puak Al-Maunah
ditempatkan berhampiran dengan kurungan DSAI. Mengikut sumber-sumber dalaman
yang sahih, Amin Razali yang kini mempunyai 200 muka surat laporan Peguam
mengenai masalah mental kerap berselisih dengan DSAI dan menunjukkan
serba-sedikit sifat kegilaan.
Adakah ini lanjutan
sandiwara Mahathir dan kuncu-kuncunya? Dengan sengaja mencari peluang dan kesempatan
untuk menempatkan segerombolan 'kumpulan yang berbahaya' berdekatan dengan
DSAI, maka Mahathir dapat membasuh tangannya jika DSAI terkorban angkara
perbuatan kumpulan ini. Satu orkestra yang cukup terencana dengan kecurian
senjata dengan kuantiti yang banyak kepada pembunuhan di dusun durian dan
seterusnya memberi alasan yang kukuh untuk membawa mereka ke Penjara Sungai
Buloh. Mahathir kini mempunyai seekor lagi KAMBING HITAM!
Strategi Mahathir cukup
jelas. Apa sahaja 'output' dari Kumpulan Al-Maunah ini tidak ada sangkut paut
dengan Mahathir. Maka imej Kumpulan ini yang dikatakan ganas boleh
dikapitalisasikan oleh Mahatir untuk menghasilkan apa sahaja natijah ganas
seperti memecahkan pintu penjara, mencederakan warder penjara hatta MEMBUNUH SAUDARA ANWAR!
Ayuh RAKYAT, Bersama kita
memberikan bantahan dan tentangan yang hebat kepada perancangan SIAL Mahathir.
Ayuh, hantarkan petisyen, memorandum dan aturkan DEMONSTRASI AMAN
BESAR-BESARAN!
Salah Seorang Webmaster
Veteran Laman-laman Pro Reformasi