KOMENTAR

06.09.2000

Salam Reformasi

 

BULAN REFORMASI SUDAH TIBA?

 

Sampai sudah bulan Reformasi. Bulan yang penuh dengan tanggal-tanggal penting, memberi indikasi bahawa negara kita ini penuh dengan ketidakadilan dan kezaliman. 2 Sept 1998, orang nombor 2 negara dipecat, ditohmah dan di hina. 20 Sept 1998 beliau ditangkap dan dibelasah dengan begitu kejam. Bulan itu menyaksikan ratusan ribuan rakyat Malaysia menentang kezaliman dan keangkuhan pegangan kuasa Dr Mahathir. Berderet umat di terajang di pukul oleh anggota keselamatan kita hanya kerana berhimpun secara aman. Tidak ada satu bangunan terbakar dan tidak ada seorang pun dikalangan pemimpin Barisan Nasional tercalar secara fizikal.  Apa yang jelas Dr Mahathir tersepit. Apa yang jelas dokongan Melayu pada UMNO sudah mula tercalar. UMNO dibawah Dr Mahathir BUKAN LAGI wadah melayu, bukan lagi harapan melayu kerana UMNO dibawah Mahathir mendera melayu dan menghina melayu. Mahathir sanggup merintangi segala cemuhan demi memegang pada kuasa. Kelilingnya manusia berpaut mahukan harta. Sikap kasihan, penyayang sesama umat khususnya Melayu di nodai. Pemuda-pemuda melayu yang ber-reformasi dibelasah oleh polis dan FRU. Apakah semua ini? Semua ini adalah perlakuan diktator yang rakus mahukan kuasa yang lebih. Lebih kuasa lebih kaya. Peduli apa mereka yang tersungkur kerana mengenggam jari dan berikhrar berjuang menuntut reformasi.

 

Ingat lagi badan-badan kita yang calar di libas rotan-rotan polis yang membelasah anak melayu kita. Ingat lagi tahan ISA yang terdiri dari melayu yang disiksa oleh polis melayu kerana gaji bulanan berkehendakkan mereka bersikap zalim. Wadah melayu apakah yang dilaungankan oleh UMNO. Wadah melayu apakah yang dibela oleh UMNO.

 

Kesan calar dan luka dibadan hilang, tetapi luka dan calar di hati menjadi bekas kenangan yang tidak dapat dilupakan. Melayu akan bersatu. Melayu akan bersama andai Mahathir hilang berkuasa. Andai wadah reformasi menjadi wadah kita di Malaysia.

 

Bulan reformasikah ini?

 

 

 

BEBASKAN ANWAR

Komentar