Salam Reformasi,
26-07-2001
BUKAN KOMENTAR KATA DR MAHATHIR YANG KATA
Bunyi macam:
LAIN KALI JANGAN KURANG AJAR DENGAN UMNO DAN KERAJAAN katanya pada mahasiswa negara kita ini. Lantas dengan mahasiswa menyokong pembangkang maka meritokrasi dilaksanakan. Bukan itu sahaja mungkin mereka yang mahu masuk Universiti akan di ijabkan dengan :
"maka saya si polan-si
polan dengan ini mengangkat sumpah bahawa tiada lain di sembah melainkan UMNO
dan hanya UMNO penentu saya di Universiti ini"
Itulah balasan bagi mereka yang di murkai oleh UMNO. Setelah ini mungkin mereka
akan melangkah setapak lagi dengan memberi amaran kepada penerima-penerima
subsidi baja, bot dan lain-lain. Semua perlu angkat sumpah. Semua perlu nyatakan
sokongan dan bagi itu melayu kita akan dibelenggu sumpah.
Mungkin ramai tidak setuju dengan Dr Mahathir baik dalam UMNO mahu pun
pembangkang. Komentar sempat membaca bagi mencabar minda tulisan Ghazali Mat Dom
di UMNO-REFORM dan Abd Jalil Backer dari Kelab Maya UMNO. Apa yang Komentar
nampak ialah mereka juga menolak meritokrasi yang dicadangkan oleh Dr Mahahtir
tetapi yang berdiam ialah Majlis Tertinggi UMNO yang sudah lama dikatakan
termakan budi kerana lantikan mereka. Syabas MT UMNO, gadailah bangsa mu sendiri
dan gadaikan diri mu sendiri.
Entahlah rasa takut juga buat posting sebegini tetapi apakan daya, suara ini
hanya untuk diri dengan bicara sendirian. Jangan salah anggap ye...