DAP telah membuat keputusan bijak apabila terus kekal dalam pakatan BA. Ternyata DAP telah meletakkan kepentingan RAKYAT melebihi kepentingan PARTI.

 

Sedikit salah faham yang berlaku adalah asam garam dalam "perkahwinan". Ini membuktikan kematangan dalam pakatan BA berbanding dengan BN. Semua pihak dalam BA boleh melepaskan "perasaan" mereka tanpa rasa takut. Bukan macam BN, mereka terlalu takut untuk berterus terang. Sebagai sebuah pertubuhan kita telah berjaya menunjukkan kita sebuah pertubuhan yang menghormati demokrasi dan perjanjian. Buktinya walaupun dikatakan ada piha dalam DAP agak marah apabila calon mereka tidak terpilih, tetapi mereka tidak mengkhianati kawan dengan meletak calon mereka bertanding tiket DAP atau BEBAS. Sekali lagi SYABAS DAP. Seperti sebuah rumahtangga yang mana sang suami berkahwin dua. Kadang-kadang tu suami melebihkan isteri yang satu lagi kerana isteri itu betul menyebabkan isteri yang satu lagi merajuk. kalau tidak diselesaikan dengan baik "merajuk" ini boleh mengakibatkan penceraian. Tetapi komponen BA telah membuktikan mereka satu keluarga yang baik. Apabila satu pihak melakukan kesilapan tidak segan-segan mereka minta maaf. Tahniah Tian Chua kerana tidak mengikut ego diri.

 

Rakyat Lunas, lihatlah kami telah membuktikan bahawa kami adalah kuat dan Telus. UNDILAH CALON BA. Tujuan akhbar-akhbar melagakan DAP dan KeADILan adalah kerana mereka mahu DAP meletak calon mereka supaya peluang MIC menang lebih besar. tetapi BA tidak sebodoh mereka. Demi melihat BN tumbang DAP sedia berkorban. Dan kami harap pengorbananDAP ini kita balas dengan setimpal.

 

Terima Kasih DAP, Terima Kasih Lim Kit Siang.

 

AnakGanu

Ahli PAS