Artikel 3

Sudahlah BPR! Hentikanlah kerja bodoh

Lick Liong Shit berkata tempoh penyerahan lesen terbang akan dilanjutkan lagi
iaitu November 17 adalah tarikh terakhir penyerahan lesen tebang. Saya tak
hairan langsung. Sudah jelas motif disebalik sandiwara lesen terbang. Kerajaan
sengaja melengah-lengahkan  sandiwara demi untuk menutup berbagai salah laku
rasuah dikalangan pemimpin-pemimpin kerajaan dan kroni-kroni.

Sudahlah Ling Liong Shit, tiada guna lagi kamu bersandiwara lagi. Hentikanlah
sandiwara kamu. Sandiwara kamu langsung tak laku dan amat rendah nilai mutunya.
Hanya 2488 lesen terbang dipulangkan. Lihatlah tiada respon pemilik lesen
terbang yang langsung tidak mengendahkan dan tidak takut segala ugutan dan
ancaman Badan Pelindung Rasuah.

Lesen memandu dikeluarkan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan. Kalau ikut
undang-undang ia adalah sah. Macam mana BPR nak buktikan bahawa lesen yang
dimiliki oleh pemandu adalah palsu sedangkan apa yang saya telah nyatakan di
atas lesen-lesen memandu dikeluarkan oleh JPJ. BPR mesti mempunyai bukti kukuh
kalau ia hendak menahan pemilik lesen terbang.

Rasuah berlaku semasa ujian memandu dilakukan. Selepas itu, pemandu itu disahkan
telah lulus ujian memandu dan prosedur yang berikutnya ialah pemandu memohon
lesen memandu yang dikeluarkan oleh JPJ. Oleh itu bukan senang BPR hendak
membuktikan pemandu memiliki lesen terbang. Oleh yang demikian tidak hairan
respon dari pemandu yang dinasihatkan menyerahkan lesen terbang amat
“mengalakkan”.

BPR seharusnya melakukan siasatan semasa ujian memandu sedang dijalankan. BPR
boleh menyamar sebagai pemandu dan disitulah BPR boleh mengambil tindakan jika
pegawai JPJ meminta duit kopi atau dalam bahasa Inggeris caught in the act.
Caught in the act adalah perkara yang paling penting kerana duit kopi yang
diberikan kepada pegawai JPJ boleh dijadikan sebagai bukti yang amat kukuh.
Kalau pegawai JPJ menafikan dia menerima rasuah, BPR harus membuktikan yang duit
itu adalah kepunyaan pemandu dan BPR yang menyamar sebagai pemandu harus
mencatitkan nombor bersiri duit kopi bagi membuktikan yang duit itu adalah
kepunyaan pemandu. Sudah tentu pegawai JPJ tidak akan terlepas dari rasuah.

Pemilik lesen terbang bukannya bodoh. Mereka tahu apa yang dilakukan oleh BPR
adalah sekadar menakutkan mereka. Apa yang dilakukan oleh BPR adalah sia-sia
sahaja. Serbuan rumah ke rumah hanyalah satu kerja yang amat bodoh lagi
membodohkan. Sudah jelas motif disebalik sandiwara lesen terbang. Apa yang cuba
ingin dilakukan oleh BPR yang hanyalah menangguhkan dan melengah-lengahkan
sandiwara lesen terbang dan lesen gerenti lulus supaya kes-kes rasuah ikan
jerung cuba dilupakan.