BPR CARI GLAMOUR PERASUAH BESAR BERMAHARAJALELA

 

Semua anggota BPR di kerah pergi ke rumah mereka yang di sahkan memiliki lesen terbang. Mereka di ekori oleh media TV yang menunjukkan kononnya BPR bersungguh menangkap mereka yang terlibat dalam industri lesen terbang. Semua ini di laksanakan bagi memulihkan kredibiliti BPR yang semakin meluntur. Walau apa pun BPR mengambil sikap membatu bila isu-isu rasuah ini melihatkan kepimpinan UMNO khususnya Mahathir, keluarganya dan kroninya. Mereka tidak mahu terlibat dengan isu-isu ini kerana isu ini membolehkan Ketua Pengarah BPR itu sendiri tercedera. Mahathir di takuti oleh mereka dan sebarang siasatan keatas geng Mahathir akan mengakibatkan mereka lebam biji mata. Mereka mengambil ikhtibar mata lebam Sdr Anwar Ibrahim.

 

Sedang BPR mencari glamour perasuah besar terus menerus bermaharaja lela.