KOMENTAR

 

30.09.2000

Salam Reformasi

 

100,000 nama oleh BPR hanya gimmik ?

 

Apakah benar terdapat lebih dari 100,000 nama pemilik lesen “terbang” berada dalam simpanan BPR?  Apakah tujuan utama pergi rumah ke rumah untuk menyiasat dan menangkap hampir lebih 100,000 pemegang lesen tersebut wajar? Siuman ke tidak BPR kita kerana untuk menjejaki lebih dari 100,000 pemilik lesen tersebut adalah hampir kepada mustahil.

 

Apakah isu lesen terbang ini dijadikan alasan kepada isu rasuah yang lebih besar yakni PERWAJA.  Apakah isu lesen terbang ini bertujuaan menunjukkan bahawa BPR  cekap dan tangkas menangani isu rasuah yang terdiri dari perasuah kecil tetapi tidak kepada pengamal rasuah besar.

 

100,000 lesen dengan pukul rata pembayaran RM 500.00 setiap lessen membawa kita kepada anggaran rasuah bernilai 50,000,000.00 sedangkan Perwajar melibatkan amount yang lebih besar dan lebih utama. BPR sebenarnya sudah hilang kredibiliti mereka sama dengan SPR. Mereka semua jentera kerajaan yang bernaung di sebalik dosa Mahathir. Komentar percaya isu yang mahu mereka tunjukkan kepada masyarakat umum ialah BPR berjaya dan bebas dari mainan politik. Bolehkan ini dipercayaai. Berbakul aduan rasuah dari kepimpinan keADILan tetapi satu pun belum dapat di selesaikan. Mungkin lebih mudah bagi anggota BPR untuk keluar mencari pemilik lesen terbang dari berdepan dengan tuduhan berbukti yang melibatkan hampir beratus-ratus million rasuah kepunyaan kroni Mahathir.

 

Lepas lesen terbang BPR akan terbang juga.

 

Komentar