SALAM REFORMASI
23-03-2001

BADAN PENCEGAH RASUAH DAN PUNB. APA DAH JADI?

Salinan BON yang "gah" di temui oleh PUNB masih tersorok dalam kabinet di pejabat Badan Pencegah Rasuah. Ketua Pengarah yang senantiasa memuji tindakan cekap dan pantas BPR dalam memperolehi semula BON tersebut kini semakin diam. Apa dah jadi? Mungkin dalam arus Kg Medan isu BON ini tidak nampak bermakna. Bukan susah mahu meneliti siapa yang punya angkara dalam menjual BON Malaysia. BPR pernah memaklumkan bahawa beberapa pegawai dari PUNB telah disoal-siasat tetapi setakat ini satu kenyataan masih belum wujud dalam isu ini.

Komentar mempersoalkan kembali kewibawaan BPR. Jangan sampai kita lebelkan BPR sebagai hanya pandai menangkap ikan bilis sahaja sedangkan angkara yang lebih besar, BPR turut serta menunggu "green light" dari Dr Mahathir. Kalau inilah senarionya maka BPR tidak lagi menjadi badan yang bebas dan berkecuali. Dengan itu pula maka rasuah perlu juga parlimen kategorikan sebagai rasuan okay dan rasuah tak okay. Isu BON berbillion-billion diambil sebagai rasuah "consented" dan isu rasuah lesen terbang "unauthorized corruption" dan seluruh BPR akan turun kerumah-rumah yang beribu-ribu untuk mencari pelaku rasuah lesen terbang.

Sungguhpun begitu BPR akan membuat alasan bahawa isu BON PUNB masih dalam tahap "building up case" atau sedang membina pertuduhan atau kes. Alasan ini tidak konkrit kerana tempat perlakuan jenayah dan dari mana jenayah itu berpunca telah dikenalpasti.

Apa pun kita tunggu, tak hari ini, bulan depan, tak bulan ini tahun depan, tak tahun ini bertahun-tahun akan datang.....sama seperti PERWAJA STEEL.

 

Komentar