JALAN MASIH JAUH

Pendekar Melayu – Watikah 2

 

Kekusutan senario politik negara ini belum nampak tanda-tanda keredaannya.  Desakan rakyat masih kedengaran di setiap sudut negara ini. Langkah UMNO dalam memainkan sentimen perpaduan dalam media penyiaran, cetakan dan elektronik hanya menunjukkan bahawa mereka  dalam keadaan tertekan. Bila mereka tertekan maka di situlah terbit peluang kita untuk terus memberi pendedahan akan kepincangan UMNO yang semakin menular. Kita perlu memantau setiap kenyataan palsu Mahathir agar rakyat khususnya di kawasan kampung terdedah kepada perbuatan serong kepimpinan UMNO.

 

Merebaknya penentangan ini sedikit sebanyak dapat memberi tekanan untuk dirinya meletakkan jawatan. UMNO sendiri mengakui bahawa biawak inilah kelak akan menjadi penyebab utama UMNO lenyap di arena kekuasaan. Ahli UMNO khususnya harus sedar bahawa penyakit bencikan Mahathir kini sampai kepada UMNO. Rakyat kini mula membenci UMNO secara keseluruhan. Mahahtir sudah menikam UMNO dan tikaman ini sudah mencacatkan perjuangan UMNO yang suatu masa dahulu tidak dapat di tandingi oleh parti-parti lain. Suatu masa dahulu UMNO tidak perlu berkerja keras untuk memenangi pilihanraya, kini UMNO terpaksa menipu untuk mengaut undi. UMNO sudah tidak lagi menjadi pilihan rakyat. Ahli UMNO sebetulnya sedang berpaut di dahan yang rapuh. Mereka sibuk mencana politik diri sedangkan rakyat sekarang sudah mendesak. Mereka sibuk mencari-cari dimana silapnya mereka sedangkan mereka tahu Mahathir dan kroni jahatnya punca segala.

 

 

MEREKA SIBUK MENCANA POLITIK DIRI SEDANGKAN RAKYAT SEKARANG SUDAH MULA MENDESAK. MEREKA SIBUK MENCARI-CARI DIMANA SILAPNYA MEREKA SEDANGKAN MEREKA TAHU MAHATHIR DAN KRONI JAHATNYA PUNCA SEGALA ANGKARA.

 

 

Ahli UMNO terus menerus lupa dan terus di buai penipuan Mahathir. Ahli UMNO masih berpegang kepada kuasa yang setakat ini hanya pinjaman belaka. UMNO pasti runtuh sekiranya keadaan begini berterusan belaku. UMNO pasti hancur sehancurnya jasad Mahathir di mamah tanah kelak. Inilah senario yang harus disedarkan kepada ahli UMNO yang sewaktu ini bergembira memegang kuasa yang hampir lupus.  Hakikatnya UMNO terdesak dan tersebit. Hakikatnya ahli UMNO masih tidak berupaya menentang Mahathir yang sedang menghancurkan parti mereka. Ahli UMNO tidak berupaya untuk bangkit mendaulatkan partinya. Mana letaknya maruah UMNO sekarang? Maruah parti yang kini terkubur akibat pembelaan yang hina oleh ahli UMNO kepada kepimpinan Mahathir yang nyata korup dan jijik.

 

 

MARUAH PARTI UMNO YANG KINI TERKUBUR AKIBAT PEMBELAAN YANG HINA OLEH AHLI UMNO KEPADA KEPIMPINAN MAHATHIR YANG NYATA KORUP.

 

 

Sampai bila UMNO dapat bertahan dengan laungan “UNDUR MAHATHIR UNDUR” yang semakin memuncak dan terus memuncak sehingga pilihanraya akan datang.

Jelas UMNO sudah tidak ada apa-apa lagi. UMNO telah di cop sebagai Parti Korup dan usaha mereka mahu mengembalikan kekuatan UMNO setakat ini belum dan kemungkinan tidak akan berakhir.

 

Benar perjalanan kita menuntut keadilan masih jauh. Pergerakan perlu disusun. Strategi perlu mantap dan setelah rakyat secara kolektif bangkit, Mahathir pasti terduduk.

 

Pendekar