Kaum Borjuis Versi Baru...UMNOkah itu...?

Publisiti yang menggunung, Ketuanan Melayu bakal menjulang lagi. Begitulah barangkali telahan pemimpin UMNO jika muzakarahnya dengan PAS berlangsung semalam. Namun, PAS telah mengatakan mereka belum melihat suatu aliran yang kondusif ke arah mewujudkan suasana perbincangan yang benar-benar sihat. Adakah ini benar atau hanya PAS sengaja merekacipta suatu keadaan bagi mendapat publisiti murahan ? Atau bahkan PAS sudah merasakan sedikit demi sedikit tipu-daya UMNO sewaktu perbincangan itu bakal berlangsung ?

Tiada siapa yang dapat memberikan suatu gambaran yang tepat kecuali tuan punya diri PAS dan UMNO. Ramai sekali penganalisis membuat teori serta spekulasi berkaitan perkara ini. Berlaku atau tidaknya hanya Tuhan hua yang tahu. Cuma kita sebagai makhluk akan berusaha sedaya mungkin bagi mencari suatu keadaan yang tidak merugikan, bahkan memberikan kepuasan kepada semua, tak kira teman mahupun lawan.

Kira-kira sebelum berlakunya kemerdekaan, dengan masyarakat Tanah Melayu sewaktu itu rata-ratanya masih terumbang-ambing lantaran dek penjajah yang mengamalkan dasar kuku besi. Berdirinya Kesatuan Melayu Muda yang diketuai oleh Ibrahim Yaakub mula mencerminkan aliran pemikiran politik yang memetakan kepada kesejahteraan sarwajagat. Dengan dokongan yang diberi oleh Ishak Haji Muhammad, Ahmad Boestamam, Dr. BUrhanuddin Al-Helmy, mereka bergerak kearah matlamat yang satu. Iaitu...Nyah penjajah dari bumi Nusantara ini. Mereka juga turut disokong oleh masyarakat bangsa lain yang turut cintakan keadilan seperti R.Balan(antara pendiri Partai Komunis Malaya sewaktu masih dibenarkan penjajah), Budd Singh dan lain-lain anggota Malayan Democratic Union. Yang mana rata-ratanya keahlian parti ini adalah dari kalangan intelek seperti peguam dan sebagainya.

Walaupun kesepakatan yang dianjurkan oleh parti-parti politik sewaktu itu seperti PKMM, PAS, MDU, MIC, Persatuan Cina dan lainnya, namun pihak penjajah masih mampu menyaingi serta menandingi parti yang menentang tersebut. Umpamanya sewaktu kerjasama Kesatuan Melayu Muda dengan Jepun, pihak Inggeris telah meracuni Partai Komunis Malaya dengan mengatakan orang Melayu telah bersubhat dengan Jepun untuk memerangi mereka. Bahkan keadaan yang sewajarnya tidak sedemikian. Hasilnya pihak KMM denmgan Partai Komunis sudah terdapat sedikit perselisihan. Dengan racun yang ditabur oleh penjajah menyebabkan kesepakatan yang sepatutnya berlaku untuk mencegah penjajah telah berlaku sebaliknya. Yang mana wujud perpecahan dikalangan sendiri. Manakala pihak KMM pula memandang bahawa adalah lebih baik mereka menolong Jepun dalam usaha memerangi Inggeris kerana Jepun dalam sikap mereka adalah lebih bersifat ke-Asia-an. Sayangnya taktikal tersebut tidak sempat disampaikan kepada kawan-kawan Partai Komunis Malaya yang terlebih dahulu dihampiri penjajah, maka hasilnya perpecahan telah berlaku di kalangan kaum kiri sewaktu itu. Inggeris berjaya mencetuskan suatu isu yang baru (pakatan KMM dengan Jepun) serta mengelabui mereka agar tidak menumpukan perhatian kepada matlamat yang satu iaitu menghalau kaum imperialis.

Sudah nyata hasilnya kita tidak mendapat kemerdekaan total seperti yang sewajarnya kita kecapi. Inggeris telah menyogok segelintir orang Melayu ketika itu dalam usaha mereka menyeimbangkan sokongan massa yang diberikan kepada parti haluan kiri yang ketika itu mendapat suntikan semangat dari kawan-kawan disekeliling seperti Tan Malaka, Musso, Alimin, Sukarno, Sutan Djenain di Indonesia, kawan-kawan di Vietnam dan lain-lain. Walaupun sewaktu Kongres Melayu yang berlaku dimana PKMM adalah salah satu pengasasnya, namun massa sekarang ini sering dikelabui oleh penyampaian maklumat yang tidak tepat oleh pemerintah. Itulah dia penerapan ideologi yang ditinggalkan oleh kolonial yang diwarisi oleh UMNO. Mereka dengan sedaya-upaya mereka akan mencipta suatu perkara yang akan mecetuskan ketegangan untuk mereka menangguk di air yang keruh.

Keberkesanan penjajahan minda yang ditinggalkan oleh kaum borjuis itu telah dapat kita saksikan sehingga kini. UMNO secara total mewarisikannya serta membuat perlaksanaannya dalam versi Melayu.Dan ini masih lagi berlangsung walaupun kita sudah merdeka. Merdeka apakah ini...jika merdeka hanya pada nama...tidak pada praktiknya...Itukah kesudahan nasib kita ? Adakah kita ini kerbau yang senang ditarik kesana-kemari....atau jika kita punya pandangan, kenapa tidak kita utarakan...supaya kawan-kawan yang lain bisa tahu apa terjemahannya. Untuk kita sama-sama realisasikannya bagi kepentingan agama, bangsa dan negara secara lebih bererti lagi.

Hancurkan Kapitalisme, Imperialisme dan Neo-Liberalisme!

Lukman Al-Hakim, anjaib@freeanwar.com