Salam Reformasi,
11-07-2001

Tulisan UMNO-ONLINE mengenai Sdr Jonah yang hanya pelajar IKM dan menyifatkan tahap orang yang memasuki IKM sebagai mereka yang tidak cemerlang amat Komentar kesali. Sebenarnya Komentar baru melayari Laman UMNO setelah meletakkan capaian baru http://pakdin2001.tripod.com yang menulis berkenaan dengan Sdr Jonah. Minda Komentar terus tercabar melihat tulisan pendokong umno yang begitu bongkak sekali. 

Sebenarnya tidak ada satu universiti dalam dunia yang dapat mengeluarkan ijazah tentang tahap keprihatinan sesaorang mengenai keadaan sekeliling, kepekaan terhadap kesusahan manusia, berjiwa besar dan sanggup berkorban untuk pegangan kemanusiaan.

Tidak ada satu universiti yang dapat membentuk sesaorang untuk mempunyai tahap pegangan prinsipal diri yang tinggi. Biar tahap pendidikan sesaorang itu mencapai tahap Phd pun tetapi untuk berusaha tanpa wang bagi membuka satu pusat tuisyen bagi membantu anak-anak muda Flat Sri Pahang dalam pelajaran mereka bukan hasil didikan universiti. Ia hasil dari jiwa yang besar, jiwa memperjuangankan anak bangsa dan bukan membuka kelab maya dengan huluran wang yang begitu banyak sekali dan menghina sesaorang yang sedang menuntut di IKM. 

Komentar terkadang terkilan melihat penulis yang buta hati, yang hanya mengekori demi mengembangkan poket sendiri. Sungguh hina sekali kita melihat kebongkakan mereka.

Untuk pengetahuan penulis bongkak kunta-kente di UMNO-ONLINE, keputusan Sdr Jonah sebenarnya telah melayakkan beliau memasuki universiti dan Komentar di maklumkan bahawa beliau sudah pun menjejakkan kaki di IPTA. 

Sungguhpun begitu jiwa yang ada pada dirinya melayakkan beliau menjadi manusia dan bukan manusia jenis "deform" seperti penulis UMNO tersebut.

Sekian