MALAYSIA BOLEH, RAKYAT BOLEH ATAU MAHATHIR BOLEH

Komentar 25/3/2000

 

MALAYSIA BOLEH adalah slogan yang selalu dilaungkan oleh rakyat Malaysia yang jelas menandakan bahawa kita mampu dan kita setanding dengan mana-mana negara dalam dunia ini. MALAYSIA BOLEH juga seakan mengatakan kepada kita bahawa tidak ada yang mustahil untuk kita laksanakan. Walauapa pun MALAYSIA BOLEH agak berbeza dengan konsep MAHATHIR BOLEH. MALAYSIA BOLEH dilaksanakan atas landasan yang telah pasti dan had-had yang sudah diiktiraf. Sebagai contoh untuk memenangani satu perlawanan bola, MALAYSIA BOLEH ! dengan mengikuti syarat permainan yang telah diiktiraf oleh badan-badan tertentu termasuk persatuan Bola Sepak Kebangsaan mahupun dunia. Malangnya dalam konteks ini MAHATHIR BOLEH amat berlainan sekali. Mahathir boleh mengalihkan pintu gol agar tidak dibolosi pihak lawan, MAHATHIR BOLEH menentukan pengadil adalah anak cucunya, MAHATHIR BOLEH mengunakan tangan, MAHATHIR BOLEH kerana yang lain tidak mampu berkata, MAHATHIR BOLEH kerana yang lain dalam persatuan bola sepak itu kekenyangan menonton. MAHATHIR BOLEH, MAHATHIR BOLEH dan terus MAHATHIR BOLEH.

 

Apakah terus menerus konsep ini akan digunakan Mahathir bagi menunding rakyat dengan sikap angkuh dan biadapnya. Apakah rakyat sanggup hanya menjadi penonton dan seterusnya melihat satu perlawanan yang penuh kezaliman dan penuh ketidakadilan. Apakah rakyat hanya mahu duduk melihat sambil menjamu selera dengan keluarga sedangkan hakikatnya masa depan anak cucunya akan ditekan, digadai maruahnya kerana negara sudah berbudayakan kepincangan dan keruntuhan moral dan norma kehidupan. Apakah rakyat sanggup melihat kezaliman keatas individu dilaksanakan dengan terbuka lalu mengkhianati segala proses kehidupan lain. Semua proses kehidupan di langgari, sistem kehakiman dan sistem perundangan, sistem kebudayaan dan kehidupan , keagamaan dan nilai kemelayuan atau bangsa lain di Malasyia dihancurkan demi melaksanakan satu slogan yang biadap dan penuh kejijikkan yakni MAHATHIR BOLEH.

 

APAKAH KITA BERPEGANG KEPADA MALAYSIA BOLEH ATAU MAHATHIR BOLEH ?

 

Pada hakikatnya rakyat kita kini asyik dengan sistem MAHATHIR BOLEH. Kepimpinan yang dahulunya disegani seumpama Abdullah Badawi dan anggota lain dalam kerajaan kini tercemar kerana selama ini disaluti dengan agenda MAHATHIR BOLEH. Slogan MAHATHIR BOLEH ini telah akhirnya kita ketahui dan telah akhirnya jelas menunjukkan satu budaya buruk yang perlu dihakisi. Slogan baru harus diperkenalkan dan harus di laungkan. RAKYAT BOLEH  bangkit dan memulakan reformasi keatas sistem lama yang kita anuti ini. RAKYAT BOLEH bangkit dan menendang budaya buruk rasuah, kronisma dan nepostima yang menjadi intipati MAHATHIR BOLEH. RAKYAT BOLEH menegaskan apa yang baik untuk rakyat dan apa yang HAK dikembalikan pada rakyat. RAKYAT BOLEH bangkit menentang kepimpinan yang jelas berpegang kepada KEZALIMAN dan KETIDAKADILAN. RAKYAT BOLEH dan seterusnya RAKYAT BOLEH.

 

RAKYAT MALAYSIA HARUS BANGKIT MENUNJUKKAN BAHAWA RAKYAT MILIK NEGARA INI DAN RAKYAT PENENTU BAGI NEGARA MALAYSIA INI. RAKYAT MALAYSIA TIDAK HARUS BERDIAM LAGI,MASANYA SUDAH TIBA, KITA TUNTUT REFORMASI

 

HADIR DAN TUNJUKKAN SOKONGAN ANDA MENUNTUT KEADILAN PADA LEDAKKAN REFORMASI 2000 PADA 15/3/2000 INI.

 

Komentar